Dakwa Najib di Perancis boleh kucar-kacirkan negara?


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.
"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas tindakan Suaram mengemukakan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai saksi dalam inkuiri berkenaan.

Suaram bertindak demikian dengan alasan bahawa perdana menteri itu merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut sebelum ini.

Najib bagaimanapun masih berdiam diri dalam isu berkenaan, yang mengundang kritikan pembangkang yang mendakwa tindakan itu membawa kesan buruk kepada kerajaan Malaysia.

Antaranya, MP Puchong Gobind Singh Deo yang menyifatkan tindakan berdiam diri itu memberi kesan buruk kepada perdana menteri yang menjanjikan transformasi politik dan iltizam untuk melawan rasuah.

Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram dalam kes ke atas syarikat pertahanan Perancis, DCNS atas dakwaan membayar komisyen haram ke atas pegawai Malaysia dalam penjualan dua kapal selam Scorpene.

Turut dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malaysiakini

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kipas jangan tak kipas!

    ReplyDelete
  2. DSTA that kes byk soalan yg tak terjawab lagi , masih byk persoalan yg tergantung sbb tu mesti di bawa ke mahkamah lain ... utk kebenaran .. mahkamah Msia. ??? em !,!tak boleh di harap

    ReplyDelete
  3. Adnan sorry laaa Tok tak berapa respect sangat kat kamu sebab beberapa sebab, antaranya: kamupun ada "terpalit lumpu" yang telah dilindungi.
    Dalam kes yang kamu sebut diatas, kaumu sebagai "balaci" UMNO/BN ingin memperBODOHkan rakyat dengan kebenaran yang ada didepan mata, semata mata menutup kesalahan bos kamu.
    Kamu tinggal kat mana Adnan?
    Kamu ingat rakyat sekeliling kamu suka(menyokong) kamu?
    Kamu tunggu PRU 13 nanti,kamu dengan jawatan "balaci" kamu tuu sekali lenyap.
    Tok percaya kes penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene itu benar.

    ReplyDelete
  4. keadilan dimalaysia ni sudah jadi wayang kulit yg mempunyai dalang dibelakangnya.

    ReplyDelete
  5. Adnan dah lama kucar kacirkan negara. Dari zaman Mahdet hingga ke Najib camtulah perangai buruk dia.

    ReplyDelete
  6. Laaaa panggil Najib jadi saksi dalam mahkamah Perancis jer . Aku ingatkan nak panggil Najib sebagai orang kena tuduh . Kalau setakat letak nama sebagai saksi , letak nama Ahmad Nisfu pun boleh .

    Kecoh bukan main. Macam lah najib tu kena gari masuk mahkamah . Macam lah Najib tu kena tuduh seperti Anwar dituduh meliwat Saiful Bukhari .

    Letak nama untuk jadi saksi jer pun . Tak pegi pun tak per nyaa

    ReplyDelete
  7. pPAS ini lah antara komen bodoh kau yg paling bodoh.

    Jd saksi .. baru panggil jd saksi dah kucar kacir negara..baru jd saksi dah takut nak jawab soalan wartawan.. kalau kena tuduh tak tahu lah mcm mana lah kucar kacir kandang umno..

    ingat ni mahkamah msai ke tak payah pergi.. mrk ikut undang undang perancis kalau perjanjian pembelian di tanda tangani di Perancis habis lah kalau tak kena penjara PM kita boleh makan angin dan shopping dgn isteri setakat Langkawi je lah

    - asam boy -

    ReplyDelete
  8. negara kita di kepalai oleh penjenayah antarabangsa ler nampaknya ler yer

    ReplyDelete
  9. Nak sembunyi benda yang busuk akhirnya bau yang busuk itu keluar juga.tiada manusia yang kekal selamat dengan kejahatannya ..ingatlah macam firaun sekali pun yang mempunyai kuasa ilmu yang hebat sehingga jadi bongkak tidak percaya tuhan itu lebih berkuasa dari dirinya.akhirnya di telan air laut.

    ReplyDelete
  10. jadi saksi pu dh takut... inikan nak jadi tertuduh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post