Rasanya tak pernah lagi aku dengar berita 500 stesen minyak kehabisan Petrol RON95 dan juga Diesel sebelum ini.. Stesen minyak keputusan bekalan minyak itu adalah biasa tapi yang ini dikira luar biasa..
Luarbiasa kerana 500 Stesen Minyak kehabisan Petrol RON95 dan juga Diesel hampir serentak..
Mungkin ianya ada kaitan dengan tindakan Kerajaan UMNO/BN menaikkan Petrol RON97 baru-baru ini kot??
Hari ini Esso.. esok atau lusa mungkin Mobil kemudianya Shell, lepas tu Petronas pula kehabisan RON95.. akhirnya apa yang tinggal??
Fikir-fikirkan....
500 Stesen Esso Hilang Bisnes
Kuala Lumpur - Masalah ketiadaan bekalan minyak RON95 dan
diesel yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang
rupa-rupanya menjadi isu besar memandangkan kes yang sama turut berlaku
di kira-kira 500 stesen minyak jenama sama di seluruh negara sejak
beberapa hari lalu.
Kosmo! difahamkan, masalah tersebut menyebabkan setiap stesen minyak kerugian transaksi jualan RON95 dan diesel berjumlah RM110,000 sehari atau keseluruhannya RM55 juta jika membabitkan 500 stesen.
Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Esso Malaysia (EPDAM), Abd. Razak Harun berkata, keadaan tersebut menyebabkan para pengusaha stesen minyak semakin tertekan ekoran keuntungan perniagaan mereka banyak bergantung kepada hasil jualan minyak.
Menurut beliau, isu tersebut perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif pelanggan terhadap operasi syarikat minyak itu.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan, Petron Corp. esok (hari ini) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan rungutan beberapa pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang yang mendakwa perniagaan mereka terjejas setelah tidak menerima bekalan RON95 dan diesel daripada pembekal syarikat petroleum tersebut sejak 1 April lepas.
Pada masa ini terdapat lebih 3,200 buah stesen minyak di seluruh negara dengan kira-kira 500 buah di bawah jenama Esso.
Kosmo! Online
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!