Selain dari Pulau Pinang, Himpunan BERSIH 3.0 di Sabah juga berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang provokasi dari pihak berkuasa.
Biarpun kehadiran sekitar hanya 3000 orang namun ini satu perkara yang boleh dibanggakan kerana peningkatan kesedaran rakyat Sabah sendiri dalam mahukan satu pilihanraya yang lebih bersih dan adil.
Penyertaan kebanyakkannya datang dari kawasan Bandar di Sabah, ini kerana majority kawasan luar Bandar di Sabah tidak punya capaian internet.
Oleh itu mereka tidak tahu tentang adanya himpunan ini..
Menurut laporan sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, himpunan ini turut disertai oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional yang mula menunjukkan penentangan terhadap Barisan Nasional sendiri.
Ianya kerana mereka tidak berpuashati dengan tiadanya tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pusat terhadap laporan-laporan yang telah pemimpin mereka (BN Sabah) kemukakan tentang project IC dan juga Skandal Kayu Balak.
Perlu kita ketahui Project IC yang telah lama berjalan di Sabah kini telah menjadikan warganegara Malaysia di Sabah merasakan diri mereka pula sebagai pendatang kerana kebanyakkan entity perniagaan kini dikuasai oleh pendatang yang mempunyai IC.
Dalam artikel yang aku siarkan sebelum ini ‘Kenapa Himpunan BERSIH 3.0 di Pulau Pinang aman tetapi di Dataran Merdeka tidak?’ .. ada pencacai UMNO kata aku bodoh..
Kerana katanya BERSIH di Pulau Pinang anjuran Kerajaan Negeri ataupun disokong oleh Kerajaan Negeri jadi ianya aman..
Lagi katanya.. “Jangan cakap kosonglah kerajaan dap korang nanti akan bagi kebebasan bersuara,tengok k'jaan pap(abg dap korang) singapork sudahlah.”Bagaimanapula Himpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung di Sabah ini juga aman? Sedangkan Sabah adalah sebuah negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional?
Sepertimana Ketua Polis Pulau Pinang yang menerima arahan dari Ketua Polis Negara, aku yakin Ketua Polis Sabah juga menerima arahan yang sama, begitu juga Ketua Polis Kuala Lumpur..
Di Pulau Pinang, Polis memberikan kerjasama sebaik mungkin.. di Sabah juga begitu.. tetapi di Kuala Lumpur sebaliknya pula..
Sedangkan Kuala Lumpur berada di mata dunia ketika Himpunan ini berlangsung.. Imej Najib terletak ditangan pihak Polis Kuala Lumpur ketika itu..
Tetapi kenapa tindakan mereka berbeza??
Sedikit gambar yang dikirimkan oleh Firdaus Rahim dari Kota Kinabalu, Sabah untuk dikongsi bersama..
Musa aman dan hanifah aman ada...
ReplyDeletesbb di kl, anwar dan azmin hadir menghasut dan mulakn provokasi. sblm anwar dan azmin ni hadir, keadaan adalah aman dan terkawal. itulah sbb knp phmpunn di kl jd huru-hara. cuba anwar datang sabah atau penang, konfirm huru hara juga tu...so, sokong bersih, tolak anwar. tolak pembangkang. tolak pr. hidup bersih. TIBAI punya anwar, merosakkn bersih shj.
ReplyDeletehttp://www.keadilandaily.com/saya-arah-peserta-ubah-haluan-bukan-ke-dataran-merdeka-anwar/
ReplyDeleteKalau kerbau yang mudah kena cucuk hidung boleh meronta lagi kah ?
ReplyDeleteperhimpunan bersih d sabah aman sebab orang2 sabah tak suka yang ganas2.....lagi pun semua yg hadir adalah kehendak sendiri... tiada yg taja...
ReplyDeleteTaja atau tidak cucuk hidung atau tidak mungkin orang orang sana memang cintakan keamanan kot.. Lagipun admin kata mereka bengang pasal kes ic.. Kalau kampung korang semua di bagi kerakyatan pada orang luar sewenang wenang nya pe korang rasa? Oren?? Mungkin pihak berkuasa sana pun support perhimpunan ni.. Wallahulam..
ReplyDeleteBagusnya...
ReplyDeleteAnonymous 05:48 siapa pun hendak yang aman.apabila tidak bersuara baru adanya aman...buat apa berhimpun jika tidak mamcapai matlamat yang di kehendaki..buat apa berhimpun jika tidak dapat mempengaruhi pemerintah untuk merubah apa yang rakyat mahu.Pemerintah suruh aman sedangkan mereka memberi ic kepada pendatang ,mengikis duit rakyat .kalau tidak mahu rakyat berhimpun..kerajaan seharusnya tidak buat apa yang rakyat tidak setuju.
ReplyDeletekredit to ASD...nice entry
ReplyDeleteapapun jgn berputus asa dalam menyebarkan maklumat yang ada untuk tatapan rakyat malaysia..anggap pencacai umno ni.seperti kera dihutan.kalau tak ada diaorg.nanti sunyi aje hutan tu.
jawapan yang sangat mudah.
ReplyDeleteKat Sabah takde Azmin & Anwar.
PP n Sabah x der dua org tu pehimpunan jadi aman.....Hidup ambiga bakal PM
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!