KUALA LUMPUR, 6 April: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini sekali lagi mengadu
kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana kecewa terhadap tindakan
kerajaan melengah-lengahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI kesal kerana kerajaan belum
membentangkan usul memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat (EO) di Dewan Rakyat
meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan berbuat demikian
pada Oktober tahun lalu.
"GMI hari ini menyerahkan memorandum ini juga bagi memohon pihak Suhakam menimbangtara beberapa tuntutan GMI seterusnya dipanjangkan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri," kata beliau di hadapan Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabatnya, dekat sini hari ini.
Memorandum tersebut antara lain menggesa kerajaan patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan aktiviti anti keganasan dan membentuk mekanisme baru menangani keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan.
"GMI menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagi menegakkan keadilan untuk setiap tahan ISA dan membolehkan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.
Selain itu, Syed Ibrahim turut meminta Suhakam mengeluarkan kenyataan menegaskan pendiriannya berhubung ISA.
Detta dalam respon balasnya bersetuju dengan tuntutan GMI itu dan berkata, media juga memainkan peranan untuk memberi maklumat kepada rakyat berhubung ISA.
"Media juga harus memainkan peranan melaporkan berkaitan ISA dan seumpamanya.
"Kalau semua pihak diam, nanti kerajaan ingat rakyat setuju dan gembira dengan keadaan sekarang, dengan apa yang mereka buat," katanya.
Protes di Parlimen
Sementara itu, Syed Ibrahim memberitahu, GMI akan mengadakan protes menuntut pemansuhan ISA di bangunan Parlimen, Isnin ini jam 11 pagi.
"Melalui protes ini juga GMI akan menyerahkan memorandum menuntut Perdana Menteri mengotakan janji bagi memastikan ISA segera dimansuhkan.
"GMI menyeru sokongan dan solidariti daripada rakyat, NGO, Suhakam, NGI, parti politik, ahli parlimen, Adun, media dan masyarakat antarabangsa untuk menuntut perkara di atas demi keadilan semua pihak," katanya.

Malaysiakini
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!