Biarpun Himpunan BERSIH 3.0 dijadualkan bermula pada jam 2.00 petang namum pada jam 1 pagi ini, kawasan disekitar Dataran Merdeka mula dibanjiri ppeserta himpunan yang datang dari segenap pelusuk negara..
Kehadiran ini membuktikan tiada rakyat Malaysia yang percaya akan apa yang tertulis pada banner yang digantungkan DBKL mengatakan tiada himpunan pada 28 April ini..
Banner hasil kerja bodoh pegawai-pegawai DBKL tu sila lihat di ( SINI )
Dan ianya juga membuktikan usaha untuk menggelapkan himpunan ini oleh media-media yang ditunggang UMNO/BN tidak berkesan...
Baca laporan dari Centre for Independent Journalism ini..
CIJ atau Centre for Independent Journalism menggambarkan terdapatnya
tanda-tanda bahawa media di Malaysia tidak bebas sepenuhnya dan ia dikawal oleh
parti atau individu atau pihak yang berkepentingan. Kenyataan ini
dikeluarkan berikutan analisis perbandingan antara Bersih 2 dengan Bersih 3
yang nampaknya amat ketara perbezaannya.
Bersih 3 menurut CIJ adalah suatu peristiwa yang mempunyai makna yang
signifikan kepada negara dan rakyat tetapi nampaknya tidak mendapat liputan
yang sepatutnya. Berikut berbezaan liputan media-media utama terhadap bersih
3.0
- Utusan Malaysia hanya membuat berita sebanyak 10 laporan sahaja berbanding tahun lepas yang menyaksikan sebanyak 316 laporan. Penurunan sebanyak 97% !
- NST menyaksikan penurunan sebanyak 92% di mana hanya 8 berita berbanding 97 pada Bersih yang lalu.
- The Star turun sebanyak 91%. Dengan hanya 9 laporan berbanding 104 pada Bersih yang lalu.
- The Sun turun sebanyak 62% dengan 10 laporan berbanding 26 pada Bersih yang lalu.
Laporan di Utusan dan juga NST lebih memihak kepada laporan negatif
sahaja manakala The Star menrakamkan 6 laporan yang bersifat neutral daripada
keseluruhan 9 laporan.
Laporan daripada The Sun adalah lebih saksama di antara kesemua media
bercetak dengan 8 laporan neutral dan satu laporan positif dan satu lagi
laporan negatif daripada keseluruhan 10 laporan yang dibuat.
CIJ mempersoalkan
bagaimana satu peristiwa yang mempunyai makna yang amat besar terhadap rakyat
Malaysia seperti Bersih 3.0 hampir tidak mendapat liputan seperti mana yang
sepatutnya. Adakah ia menerima arahan daripada pihak tertentu yang khautirkan
publisiti meluas kepada Pakatan Rakyat? - sembernya dari SINI
Saksikan!! jam 1 pagi.. sekitar Dataran Merdeka mula dibanjiri..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!