Saya
ingatkan orang hanya akan ulula-hing ( wanita Arab akan mengeluarkan
bunyian seperti kicauan burung tanda suka- dalam BI di sebut sebagai
ululating) bila mendengar ucapan Najib malam tadi.
Rupa rupa nya ada jugak orang yang mendapat mimpi basah dan meneriak-aku sungguh tertarik. Maka atas dasar dia seorang sahaja yang tertarik dan super teruja, tambahan pula kerana tertekan oleh ransangan mimpi basah- serta merta mengistiharkan BN pasti menang.
Astagha!
Yang kita nak bercakap seolah olah mendapat orgasm ini kenapa- kita
tunggu sahajalah bila PRU tiba. Sama ada Najib yang di jangka akan
membelanjakan RM 2 juta per calun parlimen dan RM 1 juta untuk ADUN akan
menang selesa. Maka tidaklah memelikkan sangat jika kerajaan UMNO hari
ini menjalankan banyak corporate maneuver untuk menghimpun dana.
Kerana
kita tahu apa guna nya wang tersebut. Banyak kali saya telah menulis-
Najib hanya tahu satu cara sahaja menyelesaikan masaalah- bayar sana
sini. Dari sudut ini, Najib tidak menghampakan sesiapa. Its vintage
Najib. Pay your way through.
Saya
membaca semula bajet untuk 2012 , saya tidak tidak berjumpa dengan
peruntukan belanja kilat yang di lakukan oleh PM dan TPM. Orang yang
tahu berkerajaan, akan insaf bahawa mereka tidak boleh belanja kecuali
dari yang telah di luluskan oleh parlimen. Kalau tidak di luluskan oleh
parlimen, maka orang yang berbelanja itu berhutang atau ambil duit
haram.
Atau
jual harta benda rakyat atau menggunakan wang rakyat untuk membeli
asset dari kunco2 dengan harga yang tinggi di mana se bahagian dari
lebihan itu akan di pulangkan kepada pembeli. Kenapa 1MDB membeli
perniagaan Ananda Krishnan pada harga RM 8 billion lebih walhal nilai
asset tetap sekitar RM 1 billion dan di campur goodwill, mungkin harga
Tanjung power itu hanya RM 4 billion.
Jawapan nya, kerajaan BN akan di
beri balik sejumlah wang untuk PRU. Demikian juga, rakyat curiga
bagaimana Mex Highway di jual pada harga yang begitu tinggi sedangkan
pembiayaan nya datang dari kerajaan dan pencadang nya hanya mengeluarkan
sekitar RM 60 juta. Adakah keuntungan RM 1 billion itu di kongsi dengan
penaung2 dari UMNO?
Tapi
oleh kerana kita sekurang kurang nya memperakui bahawa Najib dan
Muhyidn adalah honorable gentlemen- mestilah duit itu mereka pinjam.
Tapi
pinjam dari mana ye? Duit ini dari syarikat Najib dan Muhyidin? Kita
tahu kedua nya kaya raya. Dari manakah datang nya RM600 million juta
yang di taburkan oleh Najib dan Muhyidin dalam masa 11 minggu? Kalau
ianya bukan dari peruntukan yang di ketepikan dari jumlah wang yang
disatukan, dari mana para lanun ini mencuri?
Hutang
negara kita telah hampir kepada 50% dari KDNK. Saya percaya kalau di
campur dengan wang yang datang dari sumber ghaib- ambil dari epf, dari
GLC, dari sime darby, dari 1001 sumber, maka hutang sector awam pasti
melebihi 50% dari KDNK. Dan dengan rekod ini, PM dari UMNO mengistihar
diri nya, tukang belanja yang berhemah? Atau wassatiyyah?
Negara
kita akan bengkrap sebab kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO belanja
ikut sesuka hati. Ini seorang pemandu yang langgar had laju dan membawa
maut kepada penumpang. Kita usah naik kenderaan yang di pandu oleh
pemandu yang sewel seperti ini.Ini pemandu yang hanya ada lesen L atau,
mungkin lesen beli.
TV3
ingat penonton orang2 tolol. Semasa Najib berucap secara sehala, kita
di pertontonkan kepada gambar orang bermesyuarat dan impresi artis atau
pelukis mengenai lapuran keatas ETP. Di manakah bukti projek sebenar nya
di bawah ETP itu dan mengapa kita mahu di tipu dengan artists
impression? Hanya satu sahaja kita nampak kegiatan pecah tanah yang di
lakukan untuk projek MRT. Dan projek ini belum pun muktamad harga nya
sudah pun di tanda tangani. Kenapa kita bersegera mahu membenarkan
Gamuda-MMC menjalankan projek ini? projek2 lain di bawah ETP mana?
Najib
janganlah hendak kelentong rakyat Malaysia. ETP, NKRA, NKEA, dan entah
apa lagi gelaran yang eksotik hanya istilah istilah yang du gunakan oleh
Najib untuk menunjuk nunjuk dia seorang pemikir besar. Berfikir bukan
kualiti tersohor Najib.
Apa
yang dia lakukan tidak ada beza nya dengan Rancangan Malaysia yang
terdahulu dan inisiatif2 kerajaan sebelum Najib. Semasa najib, nama
sahaja yang gah- isi nya belum kita nampak. Kita nak tanya punahsihat
dan punai-sihat Najib, di manakah kelebihan ETP dan istilah2 rojak ini
dengan Rancangan Malaysia yang lain?
Soalan2
seperti ini sudah cukup menukar perspektif kita menilai apa yang Najib
berceloteh malam tadi. Tapi ye lah, apa kita hendak buat jika ada
pendengar yang basah dalam seluar bila mendengar celoteh dan kelentong
Najib kan?
Kerajaan
BN memang ramai kaki auta. Ini kerajaan yang di pimpin oleh PM yang
TPM- tak pernah muktamad. Berikan saya satu contoh dasar yang Najib
kemukakan yang muktamad dan tidak gostan dengan memberi pelbagai alasan.
Seorang bekas menteri kewangan Malaysia pernah memberitahu saya, Najib
lagi flip flop dari Pak Lah dan jumlah punah-sihat dan punai-sihat Najib
lebih ramai dari budak budak tingkat 4 semasa pentadbiran A Badawi.
Hishammudin
Hussein terbukti tidak se standard Tun Hussein dan berdolak dalik
mengenai skendel dalam institusi kepolisian. Rakyat menunggu sama ada
dia mahu menubuhkan suruhanjaya siasatan keatas allegations bahawa bekas
KPN mempunyai hubungan dengan penjenayah. Morale anggota kepolisian
menurun akibat tuduhan2 dan allegations ini.
Nazri terus menerus
mengeluarkan pandangan yang mendahului kepantasan otak nya. Muhyiddin
menggunakan kaji selidik yang lemah untuk membuktikan konon bahawa kita
mempunyai system pembelajaran yang setanding dengan US, UK dan Germany;
sila beritahu perkara ini kepada ribuan graduan Melayu yang tidak
mendapat kerja dan terpaksa berkerja sebagai pelayan di Old Town white
Coffee.
Atau
biarlah kita nantikan, senarai pemenang hadiah nobel kerana system
pendidikan kita sama dengan negara dunia pertama yang di ambil sebagai
contoh oleh si malikul sembab ini. dan kita ada pemandu bas mini nombor
satu negara kita yang memberitahu parlimen bahawa pembelian kapal selam
scorpene adalah bersih sedangkan mahkamah Perancis menjumpai bukti
rasuah yang rasmi. Jadi wang yang di perolehi oleh Razak Baginda itu
apa?
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!