BELUM pun reda isu tanah Bayan Mutiara, Kongres Melayu Pulau Pinang
(KMPP) meledakkan pula isu kerajaan pusat didakwa menganugerahkan
projek jejantas bernilai RM108 juta berhampiran Bangunan Umno Bukit
Mertajam kepada seorang ahli politik Umno Pulau Pinang.
Presidennya, Rahmad Isahak berkata, pihaknya hairan mengenai kebolehupayaan pemaju Gold Bridge Engineering and Construction kerana mampu mendapatkan projek mega tersebut.
"Jika
projek itu salah satu daripada (komponen) projek kereta api berkembar
MMC-Gamuda, saya hairan, bagaimana syarikat ini dipilih sedangkan tiada
kedengaran proses tender terbuka dilakukan oleh (kerajaan) pusat.
"Tender
terbuka dalam jual beli tanah Bayan Mutiara dipertikai (oleh Umno)
kerana (dianggap) tak telus. Saya nak tanya, adakah mana-mana ahli
politik Umno Pulau Pinang mempengaruhi (kerajaan pusat) pusat untuk
dapat 'anugerah' projek ini kerana tidak kedengaran (proses) tender
terbuka dilakukan," ujarnya selepas melawat tapak projek itu di Bukit
Mertajam.
Pun begitu, beliau berkata, hasrat kerajaan pusat membina jejantas ini bagi mengurangkan kesesakan trafik adalah murni.
Pembinaan
jejambat itu menghubungkan Jalan Nangka dengan Jalan Perda Timur
merentasi Jalan Padang Lalang (serta landasan kereta api) dan Jalan
Permatang Rawa.
PenangInsight.com difahamkan,
amalan lazim di mana-mana negeri, termasuk di Pulau Pinang antaranya
membenarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya menguruskan tender di bawah
RM10 juta sahaja.
Projek yang menelan kos lebih
dari jumlah RM10 juta diuruskan oleh Kementerian Kerja Raya sendiri di
bawah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
PenangInsight.com cuba mendapatkan maklum balas di Bangunan Umno Bukit Mertajam, namun gagal.
Sumber
dalaman Umno yang dihubungi kemudian memberitahu, penganugerahan projek
mega tersebut mempunyai kaitan dengan kelantangan 'suara Umno Bukit
Mertajam' pada Perhimpunan Agung Umno lepas.
"Pusat
mesti memberi perhatian kepada pemimpin Bahagian (Bukit Mertajam) kami
sebab dia lantang mendesak peneraju utama UDA letak jawatan kerana asyik
memberi projek kepada syarikat kontraktor dari China sahaja."
Beliau bagaimanapun enggan menyebut nama pemimpin yang dimaksudkannya itu - PenangInsight.com
* Untuk makuman semua.. Gold Bridge Engineering and Construction adalah syarikat
yang dimiliki oleh keluarga Pengerusi Umno Bahagian Bukit Mertajam yang juga
merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir *
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!