Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi "klon", yang didakwanya sebagai pengundi hantu.
Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong (kiri) menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali.
"Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia," kata pensyarah Universiti Monash itu sinis.
Empat kaedah tersebut adalah:
•Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru;
•Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza;
•Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru; dan
•Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza .
Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin "diklon" dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh "klon" bagi jenis pertama.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja.
Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Malaysiakini
Jangan terperdaya . Penemuan pengundi klon ini mungkin cuma perangkap perdaya saja. Kita belum tahu lagi apa yang sebenar akan berlaku. Mungkin peti2 undi PRU 13 sudah sedia berisi kertas undi hanya menanti pengiraan nya saja.
ReplyDelete.........UMNO terpaksa lakukan 'worse case senerio ' untuk pasti menang dengan bantuan SPR.....macam? ASD
Dasar Zionis - "By way of deception"
ReplyDeleteJangan buat PRU selagi prkara ni brmasalah. Buat letih je brkempen sbb dh tentu BN menang. Mcm ni klu Umno letak beruk pun boleh menang.
ReplyDeletekalau tak menipu bukan BN namanya !!! disarankan pengundi2 buat semakan nama masing2 ...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!