TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN
PERLU ...
Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28
April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
BERSIH 3.0 DUDUK
BANTAH
Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi
(Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas &
Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21
Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan.
Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul,
pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan
mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk
mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak
kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan
kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan
dengan lancar dan aman.
CONTACT
Setiausaha Bersih
3.0
H/P: 016
9670921;
Email: media@bersih.org
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan
*
1.Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2.Duit-maksimum RM100 sahaja.
3.Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya
ada logo Bersih 3.0
4.Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard
yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan
8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi
mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon
atau Gas pemedih mata.
9.
Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas
pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95
Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza
H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11.Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12.Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13.Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan
Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14.Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan
suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami
selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.
*Perkara yang tidak dibenarkan*
1.
Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja
Kerajaan dan Swasta.
2.
Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku,
tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3.
Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang
pergerakkan.
4.
Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5.
Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan
Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6.
Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti
dan organisasi.
7.
Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8.
Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9.
Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis,
molotov cocktail dan mercun.
10.
Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11.
Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang
merbahaya.
12.
Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang
berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13.
Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang
masalah.
*Perkara yang perlu anda lakukan
sebelum perhimpunan*
1.
Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2.
Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3.
Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting
kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
4.
Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
5.
Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone
anda tidak dapat dihubungi nanti.
6.
Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
7.
Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan –
Dataran Merdeka.
8.
Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa
berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
9.
Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
10.
Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh
meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka
11.
Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula.
*Semasa perhimpunan dan perarakan*
1.
Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu
arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2.
Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program.
Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3.
Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field
Commander*.
4.
Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5.
Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6.
Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa
perhimpunan berlaku.
7.
Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8.
Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan
tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9.
Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang
kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10.
Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal
kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11.
Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi
*sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12.
Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13.
Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14.
Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg
plastik yang anda bawa.
15.
Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada
kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16.
Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau
tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
*Selepas perhimpunan*
1. Pastikan anda bersurai secara
perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara
dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan
kepada Setiausaha Bersih 3.0.
3. Jika ada sahabat atau saudara
anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4. Jangan tinggalkan apa-apa
sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau
dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih
kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar
dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak
hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email
Setiausaha Bersih 3.0.
*Apa anda perlu buat jika kumpulan
Anti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*
1. Jangan pedulikan mereka, diam
dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi
mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka.
Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif
secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis
terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah
mereka jika perlu.
*Apa anda perlu buat jika polis buat
provokasi dan serbuan*
1. Jangan lari atau keluar dari
perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika
keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan
anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat
serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan
sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda
dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna
kuning.
5. Jangan melawan atau cuba
bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika
sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda
dikasari.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama,
kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya
soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan?
"
Bilakah anda
ditahan
4. Anda ditahan apabila anggota
polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat
tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda
digari
5. Jika anda tidak ditahan anda
boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke
balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
Bilakah anda
tidak boleh ditahan
6. Polis tidak boleh menahan anda
semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin
mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
1. Pastikan semua barang-barang
anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan
jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda
dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan
pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua
yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila
dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil
nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala
maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat
syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat
seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan
selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan
menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama
sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat
dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai
apa yang anda lalui ketika ditahan.
*Perhatian!*
1. Pihak kami tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang
yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan
oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian
atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan
atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan
ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan
kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan
kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan
sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.
Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10
November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah
masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan
berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda
sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi
sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian
dari sejarah ini.
Nalini Elumalai
Executive Director of SUARAM
Tel: 03 77843525
Email: detention@suaram.net/enalini_elumalai@yahoo.com
Twitter: nalinielumalai
Facebook: Nalini Elumalai
"DiMana Sahaja
kita pergi akan mempunyai sahabat sekiranya kita berada dalam perjuangan yang
Agung ini"
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!