Pemimpin-pemimpin UMNO sering mendakwa bahawa hanya UMNO yang mampu memperjuangkan dan membela nasib bangsa Melayu di Negara ini..
Malah mereka juga sering menakut-nakutkan penyokong mereka dengan momokan kononnya jika kuasa mentadbir Negara terlepas dari tangan UMNO, maka Melayu akan terpinggir..
Hinggakan ada pemimpin UMNO mengatakan andaikata Najib didakwa di Perancis kerana kes rasuah Kapal Selam, Negara ini akan kucar-kacir..
Oleh itu penyokong mereka diperbodohkan agar terus menyokong pemimpin-pemimpin UMNO biarpun mereka itu jelas terpalit dengan berbagai masaalah..
Kerana terpedaya melaunglah penyokong mereka HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!!
Di Kuala Terengganu hari ini.. lebih dari 5,000 orang Melayu yang diperintah oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu, telah mengadakan demo membantah rampasan tanah Melayu oleh UMNO di perkarangan Wisma Darul Iman.
Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri yang dikuasai UMNO di lima kawasan berasingan di seluruh negeri.
Kawasan-kawasan itu adalah :
1) Tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun,
2) Tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu,
3) Tanah petani di Kampung Jelapang, Langkap,
4) Tanah peneroka jenerasi kedua di Paka, Dungun dan
5) Tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu.
Dimanakah apa yang dikatakan sebagai membela nasib Melayu itu jika tanah milik Melayu di rampas oleh UMNO sendiri?
UMNO MEMBELA atau MEMBELA+SAH MELAYU?
Berikut adalah laporan dari Buletin Online..
10, 000 Turun Berdemo Depan Wisma Darul Iman .
KUALA TERENGGANU – Lima memorandum rakyat telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman, disini, Selasa 24 April.
Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang.
Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas telah bertemu Ahmad said diluar Dewan Undangan Negeri Wisma pada kira-kira jam 11 pagi.
Sebelum itu mereka bersama-sama kira-kira 10,000 orang rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi aman membantah membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Lagi gambar-gambar dan juga laporan penuh sila lihat di SINI
Tak tau lagu mana nak habaq kat depa...seronok sungguh puak2 ni ambik tanah. Mcm saya ni dah berkhidmat 22 thn dlm askar infantri, nak mintak tanah pun tak dapat. Bukannya nak mintak byk, dapat seekar lepas buat kebun dgn tapak rumah pun jadilah...apa yg dapat???? Hampeh
ReplyDeleteidup umno mampos rakyat..padan muka org ganu...pru13..kasi umno menang lagi...
ReplyDeleteAikkk kejap 5,000 , kejap 10,000 mana satu yang betul ni . Dalam 1 artikel pun boleh menipu jugak ker ??
ReplyDeleteAku harap MB Terengganu saman lah pihak yang menghantar memorandum tu. Sebab mereka tu bengap. Kena saman barulah mereka tahu beza makna istilah RAMPAS dengan PENGAMBILAN TANAH .
Ambik contoh Banggol Donas . Yang degil cuma 3 4 orang tuan tanah jer . Sedangkan jalan dah nak hampir siap . Sambungan jambatan dah tunggu nak masuk dalam tanah . Yang kepala penghasut tu cuma seorang kaya pemilik rumah 2 tingkat depan sambungan jambatan tu jer . Kesan dia , jalanraya tu lagi lambatlah rakyat boleh menggunakannya . Sedangkan dah berpuluh tuan tanah lain sudah terima pampasan . Siap ada yang kecewa lagi tanah mereka tidak diambil dek kerana pampasan yang tinggi.
betul ke dah dpt pampasan? sure or not? eheheh
ReplyDeleteke sapa yg bayar pampasan tuh? eheheeh
BUKTI umno membela melayu.umno the best. pembela melayu. kihkihkih!
ReplyDeletebela melayu korok mung!
Bodoh mathematik btol la PenganutPas ni....Tajuk yg ats tu tulis lebih 5,000...yg bwh tu plak sbanyak 10,000...so 10,000 tu bkn ke lebih dr 5,000.Mcm tu pnya mudah pn x leh nk pk.10,000 tu lebih dr 5,000 ke krg dr 5,000????Mmg ssuai prkataan yg aku dok dgr slama ni...bkn UMNO tp UMNGOK...!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteAku pelik dengan penganut pas dan pecacai lain..masih membela nasib pemimpin UMNO kesayangan hingga sanggup sekongkol dan jilat bontot mereka. Aku tahu kau dan pecacai lain mendapat habuan bulanan dari wang rakyat yang lain tapi berkatkah rezeki pencarian tu? bayangkan generasi anda makan dengan duit haram? ke ko dh tak kisah halal haram..oklah ckp tak guna sebab kau akan buat jugak..dh bebal dan hitam hati..by the way ko ada pergi tgk tarian separuh bogel kt gopeng?
ReplyDeleteKau tahu aku dapat duit ??? maknanya pengetahuan kau tu songsang lah . Patut kau tuduh hati orang lain hitam .
ReplyDeleteAku cuma tak nak sekongkol dengan pihak yang berpakaian seperti alim ulama tapi penuh fitnah disebalik pakaian mereka . Itu pasal aku beri penjelasan .
Ambik lagi satu contoh bila kerajaan nak buat estet padi kat Kampung Jelapang , Setiu . Si tuan tanah yang tidak menyokong kerajaan taknak serahkan kepada orang lain usahakan untuk dijadikan estet padi . So kerajaan buat pengambilan balik . Bayar pampasan lebih tinggi dari harga pasaran supaya tidak dibawak ke mahkamah untuk penilaian hakim .
Mana boleh buat estet kaalu ada tuan tanah yang tak nak terlibat . Tak nak usahakan serah balik lah kepada kerajaan . Dapat pampasan lagi . Ni tidak buat keras , hingga menyusahkan orang lain nak cari rezeki .Air tak dapat masuk ke petak orang lain dek kerana tanah dia tu tak terurus .
Bila dapat kat PAS yang dah tak ada isu di Terengganu , habis keliling kampung dihebohkan kerajaan RAMPAS TANAH . Walhal kerajaan buat PENGAMBILAN SEMULA dengan MEMBAYAR PAMPASAN .
Kalau kau nak join puak puak yang suka tabur fitnah ni .. sila kan lahh .....
pPAS 10:52 PM
ReplyDeletetu beza pecacai dng pro pakatan.. kita yg dah lebih tp kita katakan kurang mcm jumlah 10000 tp kita kata 5000 maknanya kita ni tak bongkak Mcm pencacai pulak yg dtg 241 org termasuk bangla dan nepal tp hebuh kata 3000 org. Jd yg menipu ialah pencacai !! ada faham ke...
Lg sekali pencacai mcm kau suka memandang rendah pemikiran rakyat skg Hny psl 3 4 org dan hny seorg kaya Lebih dr 5000 dan kurang dr 10000 org yg demo.. Mrk yg 3 4 org tu dan seorg kaya tu kira pengaruh sgt hebat Klau masuk UMNO bny dpt undi.. Dlm UMNO mana ada PENGAMBILAN TANAH yg ada RAMPASAN tanah cara yg cukup pro dek krn pengalaman merampas dgn memutarbelitkan undang undang dan guna pegawai pejabat tanah. Lg satu contoh Kg Baru dah ada pulak Expo Hartanah Bumiputra yg tujuan utk mengaburi pemilik tanah.
- Asam Boy -
pPAS masalah dng penjelasan kau ialah tak logik. cuba kau pikir psl menyusahkan org lain sb petak org lain air tak dapat masuk Kenapa tak selesaikan hal tanah betul betul dng semua pemilik tanah baru buat estet Jd yg menyusahkan org lain bukan nya org yg tak setuju tp org yg merancang projek estet ini lah..
ReplyDeleteselama ini org sana tanam padi aku rasa tak de masalah air tak masuk petak.. Kalau tak mcm mana org yg setuju estet ni boleh terlibat dng penanaman padi??
Kalau dah selalu menipu dan selalu buat fitnah ini lah akibatnya pd UMNO.. Org dah tak percaya ... Senang ckp rakyat nak Kjaan Pakatan
sb Kjaan tak ambil tanah mcm projek Bakun tanah KLIA Termasuk tanah org tua aku yg dirampas dng byr pampasan pd tahun 1995
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!