Azwan Ali berang bila Ummi Hafilda heret Ibunya dalam Buletin Utama


Berang melihat Ibunya diperkudakan oleh TV3 dalam Buletin Utama melalui kakaknya Ummi Hafilda dalam menyerang Abangnya Azmin Ali, Azwan Ali mengamuk di laman Twitter.

Demi untuk memburukkan darah dagingnya sendiri Ummi Hafilda telah tampil dengan mengheret Ibunya dalam Buletin Utama semalam 5 Mei 2012.

Menurut Azwan sebagaimana yang disiarkan dalam laman Twitternya, kebiasaannya beliau bersedia untuk menonton berita tetapi semalam beliau tidak sanggup menontonnya bila Ibunya diperalat.


Beliau juga mempertikaikan pihak yang telah mengkritik peserta Himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan biadap, sedangkan pihak mereka sendiri ternyata lebih biadap bila sanggup memperalatkan Ibunya demi kepentingan politik mereka.

Malah simpati juga dilahirkan buat Ibunya yang sanggup mendedahkan keburukkan anaknya sendiri setelah diperalat Puak Bangkai Bernyawa yang Desperado Seats (Dia kata kat puak UMNO la ni…)


Dalam laman Twitter miliknya, Azwan mempersoalkan siapa mereka yang mahu bercakap soal kebenaran, adakah mereka Malaikat? tambahnya lagi tunggulah hingga akhirat.. kenapa perlu mengheret Ibunya untuk memburukkan anak yang dilahirkannya?


Lagi apa kata Azwan korang bacalah apa yang tertulis dalam print screen di bawah ni..


Berdasarkan apa yang berlaku dalam keluarga Azwan Ali ini, jelas pihak UMNO akan melakukan apa saja untuk merealisasikan hasrat mereka untuk menjahanamkan karrier politik Azmin Ali hatta mengheret Ibunya sekali kedalam perkara ini.. Biarpun memporak perandakan sebuah keluarga..

Adakah anda masih yakin Pilihanraya Umum ke 13 ini akan benar-benar bersih?

Berikut pula adalah video yang dimainkan dalam kebanyakkan Blog-blog pencacai UMNO untuk menyerang Azmin Ali..



**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post