Ketua Polis Negara Dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura.. cemerlang pukul Rakyat ke?


SINGAPURA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang daripada Presiden Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam, pada majlis istiadat pengurniaan di Istana di sini, Jumaat.

Penganugerahan itu adalah atas sumbangan beliau dalam menjalin hubungan dan kerjasama yang erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Singapura dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura, sekaligus meningkatkan keselamatan antara kedua-dua negara.

Bercakap kepada Bernama selepas majlis itu, Ismail melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Singapura dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bagi membolehkan beliau dikurniakan dengan darjah kebesaran tersebut.

"Sesungguhnya ia adalah satu penghormatan bukan kepada saya secara peribadi tetapi yang lebih penting kepada Polis Diraja Malaysia dan Polis Singapura.

"Saya difahamkan bahawa anugerah itu adalah pengiktirafan untuk kerjasama dan hubungan yang sudah terjalin sekian lama antara pasukan keselamatan kedua-dua negara. Apa yang penting, kita perlu teruskan kerjasama bagi menghadapi cabaran akan datang," katanya. - BERNAMA

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. pernah dgr yg berdemo dapat anugerah ker...

    ReplyDelete
  2. anon 7:46pm, org demo BUKAN nak cari nama, cari glamer, cari kontrak. kalau hang nak ANUgerah aku boleh bagi.. 3ANUgerah 10hengget.. nak??
    Natijahnya, org jahat akan kata semua org jahat, org bodoh sangka org lain semua bodoh.

    ReplyDelete
  3. Singapura perli pun korang nak bangga2... Ko hingat singapura x de BBC? Ko hingat singapura xde al jazeera?? Ko hongat singapura macam tv3?? Akai ada ka? Org tu perli sebab ko gengstar dgn rakyat dia bg anugerah.. Kah kah kah.. Xde pedoman btul.. X tau malu.. Dunia tgh tgk.. Bukan kg pisang je yg tgk.. Skang ni dunia tgh tgk sandiwara Malaysia.. Papepun, malaysia boleh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post