Najib serahkan tanah wakaf di Pulau Pinang kepada bukan Islam?


Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan replika kunci rumah Taman Sejahtera secara percuma kepada sembilan keluarga Hindu dari Kampung Buah Pala pada 22 April lepas menerima amarah Melayu tempatan kerana didakwa membabitkan tanah wakaf Islam.

Penyelaras Kawasan DUN (PPK) Teluk Air Tawar, Salihin Mohamed semasa dihubungi menegaskan bahawa hartanah di bawah ketegori wakaf sama sekali tidak boleh dijual atau diberikan kepada orang bukan Islam jika dirujuk pada hukum syarak.


"Saya percaya penduduk Teluk Air Tawar ini akan sokong perdana menteri sekiranya rumah-rumah yang diserahkan kepada sembilan keluarga Hindu itu tidak membabitkan pembangunan di atas tanah wakaf Islam.


"Tanah wakaf untuk orang Islam, tidak boleh dijual atau diserah begitu sahaja kepada bukan Islam. Tanah wakaf tidak patut diseleweng atas nama agama atau politik sekalipun," ujar beliau pagi tadi ketika diminta mengulas sekumpulan penduduk setempat mengedarkan risalah membantah penyelwengan tanah wakaf tersebut.

September 2009, sembilan keluarga Hindu berkenaan antara penduduk Kampung Buah Pala yang hilang kediaman disebabkan pemaju dan pemilik tanah meroboh rumah-rumah mereka untuk pembangunan komersial.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut campur tangan serta membela penduduk berkenaan dengan memberi rumah dua tingkat bernilai sehingga RM600,000 tetapi dibantah oleh sembilan keluarga berkenaan.

Pun begitu, sembilan keluarga Hindu berkenaan masing-masing akhirnya menerima dua buah teres rumah teres dua tingkat yang setiap satu bernilai kira-kira RM220,000 dalam satu majlis rasmi di Universiti Sains Malaysia (SUM), George Town bersama perdana menteri baru-baru ini.

Difahamkan, pemaju perumahan atas tanah wakaf tersebut adalah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), iaitu anak syarikat berkaikan kerajaan pusat (GLC) di bawah pentadbiran Najib sendiri. 

Menurut risalah yang diedarkan, penduduk setempat yang membeli rumah di Taman Sejahtera melahirkan rasa marah kerana rumah yang mereka beli secara ansuran bank masih terbengkalai.

Mereka turut mempersoal kewibawaan perdana menteri kerana menyerahkan beberapa rumah di Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga Hindu sungguhpun tanpa sijil pendudukan atau OC.

Mereka turut mempersoal langkan perdana menteri menyerahkan rumah di atas tanah wakaf Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga bukan Islam berkenaan.

"Mengapa tanah wakaf Taman Sejahtera ini boleh diberi kepada bukan Islam?

"Bangunlah! Bangunlah mempertahankan hak kamu wahai sahabatku, bangsaku!" ujar sumber dipetik dari risalah tersebut.
Risalah tersebut menjelaskan bahawa penduduk Teluk Air Tawar akan melancarkan protes terhadap pentadbiran Najib Razak kelak.

PenangInsight.com

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kenapa dimanjakn sgt keling2 ni. Hbs harta wakf utk org islam... Ni semua keja najib ngok tu lah..

    ReplyDelete
  2. Jangan lah marah sangat, bukan kah Najib ini Superman? Najib boleh lakukan apa saja asalkan di atas bumi. Dia boleh lesapkan Altantuya, dia boleh padamkan rekod immigresen, dia boleh rampaskan kuasa sebuah kerajaan negeri yang sah dan yang dipilih oleh rakyat.......Jadi hairan sangat kah dia berikan rumah kepada kaum India ini?

    ReplyDelete
  3. mana perkasa? mana mufti yg dok lantang berckp soal melayu? di mana hassan ali yg nk pertahankan islam, melayu dan raja?

    ReplyDelete
  4. Najib2 apa hang dah buat tak ingat dosa ke? Amanah org Islam diabaikan buat suka2 demi kepentingan politik sendiri !! kalau ia pun beri lah tanah kerajaan kpd mrk..

    ReplyDelete
  5. mana peginya ustaz Hafez Nordin..yg kononnya pejuang akidah org Islam di pulau pinang.

    ReplyDelete
  6. Mana Hassan Ali, Zul nordin??

    ReplyDelete
  7. nAJIB ,nAJIB TAUBAT2 LAH ...tAK PENAT KE ASYIK BUAT PERKARA TAK BETUL....

    ReplyDelete
  8. Satu penyelewengan hak umat Islam. Majlis penyerahan dibuat dengan gah oleh Najib. Inilah contoh pemimpin UMNO yang dikatakan memperjuangkan Islam, bangsa dan Sultan. Berkokok saja kuat!

    ReplyDelete
  9. jangan pertikai apa yg TG HJ najib buat kerana apa yg dilakukan itu termaktup dalam kitab ajaran politik tidak bercampur agama yg umNo anuti.

    ReplyDelete
  10. aaik mana dia mamak2 penang yg selama ni hebat menyalak2 cam bulldog tentang kebajikan org2 melayu pulau pinang....kenapa dok diam diri wahai mamak2 mangkuk ayun? mana perjuangan hangpa ??! terang2 tanah wakaf jatuh ke tangan puak hindu....mana protes hangpa??! awat dah hilang teluq kot hangpa semua... barua punya biawak...bodoh punya malaun....najib memperbodohkan hangpa org2 pulau pinang...pun dok biar saja...mana balaci2 umnongok pulau pinang...dah mampus ka hangpa semua !!?????

    ReplyDelete
  11. soltan maulana shahMay 5, 2012 at 8:11 PM

    anon 3:55pm, mamak penang JAGA hak melayu untuk bagi kat india. sekarang india dpt rumah depa senyap la. Walaupun beragama islam tapi mereka & keluarga mereka tetap berbangsa india. HANYA umngok saja ambil mereka jadi melayu.. sepatutnya mereka adalah india muslim.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post