Najib pasti pening bila melihat apa yang dilakukan oleh
ahli-ahli UMNO Bahagian Shah Alam ini.. tapi Najib tak akan pening pasal dia
tak melihat perbuatan mereka ini..
Kerana malam ini beliau telah berada di Sunderland, menyaksikan perlawanan bolasepak antara Manchester
United dan Sunderland di Stadium of Light, Sunderland, England.
Menurut seorang sahabat yang berada disana untuk menyaksikan perlawanan itu
beliau telah terserempak dengan Najib bersama dengan Tony Fernandez di pintu
masuk Stadium tersebut..
Tak apalah... dah dia peminat MU biarkanlah dia..
Berbalik kepada isu perbuatan ahli-ahli UMNO Bahagian Shah
Alam diatas itu..
Tindakan mereka ini mungkin untuk menunjukkan kepada rakyat
Malaysia bahawa mereka juga prihatin akan nasib rakyat seperti yang dilakukan
oleh AMK dan juga Pakatan Rakyat di ( SINI ) dan juga di ( SINI ).
Ini laporan tentang perbuatan ahli-ahli UMNO Bahagian Shah
Alam yang tak masuk akal tu..
Lagi desakan mansuh tol
KLANG – Seramai hampir 200 ahli Umno Bahagian Shah Alam mengadakan
demonstrasi aman selama sejam bermula jam 11 pagi semalam di Plaza Tol
Sungai Rasau bagi menuntut Kerajaan Pusat memansuhkan tol itu dan tol
Batu Tiga, Shah Alam.
Timbalan Ketuanya, Zulkurnain Md Ruslan berkata, mereka mewakili penduduk sekitar Shah Alam, Kota Raja dan Klang berharap agar kedua-dua tol yang dilihat membebankan rakyat itu dapat dimansuhkan.
Katanya, syarikat konsesi tol tersebut yang didakwa berusia lebih 20 tahun itu dipercayai telah mencapai pulangan modal serta meraih untung.
“Kita berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dapat mendengar rintihan kami kerana sekiranya penduduk dari Klang pergi dan balik ke Kuala Lumpur sudah dikenakan tol sebanyak RM4.20 setiap hari.

“Harap
kedua-dua tol ini dapat dimansuhkan segera,” katanya ketika ditemui
semasa demonstrasi aman berkenaan di sini semalam.
Menurutnya, demonstrasi tersebut adalah kali kedua diadakan kerana pada awal tahun ini ia diadakan di tol Batu Tiga.
Katanya, malah pihaknya telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada Jun tahun lalu.
“Minggu lalu Shaziman ada buat kenyataan memaklumkan sedang mengkaji pemansuhan atau struktur semula tol dan kami berharap kedua-dua tol ini termasuk dalam kategori dimansuhkan,” katanya - Sinar Harian

Yang kata buat kerja tak masuk akal itu bukannya aku.. tapi mamat kat bawah ni... ha..ha..ha..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!