Sebelum ini ada sumber mendakwa bagi meramaikan hadirin dalam majlis yang diadakan untuk Najib di Kelantan, UMNO/BN Kelantan terpaksa mengangkut ramai orang-orang dari luar kawasan untuk membuktikan kepada Najib bahawa UMNO/BN masih berpengaruh di Kelantan.
Malah seperti biasa pekeliling terpaksa dikeluarkan untuk mengerah pelajar-pelajar Politeknik agar hadir ke program Najib itu.. pekeliling sila lihat di ( SINI ).
Ini pula laporan dari Kuantan, Pahang pula.. fenomenanya adalah sama dengan di Kelantan.. iaitu ada lagi kerahan.. cuma kehadiran sememangnya amat memalukan bagi seorang Perdana Menteri...
Sokongan Hambar Rakyat Di Taman Gelora Hari Ini..
KUANTAN, 6 Mei - Orang ramai yang hadir ke
program "Bersantai Di Taman Gelora
Bersama YAB Perdana Menteri" di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang
ramai terhadap program tersebut.
Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya
dipenuhi dengan para pelatih Pusat
Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan
hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri
Malaysia, Dato' Sri Najib Tun
Razak itu telah mendapat sokongan padu dikalangan
rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi
mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri
sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi
setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan.
"Mujurlah ada
budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih
besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan
ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa
dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala
Lumpur baru-baru ini agaknya", kata seorang pengunjung.
Tambah malang lagi, majlis yang diadakan sempena
program Tahunan Isteri Wakil-Wakil
Rakyat Barisan Nasional Malaysia 2012 itu juga turut diserikan dengan
hujan lebat dan angin kencang di tapak berkenaan.
Ini menyebabkan orang ramai semakin kelam kabut dan air bertakung di sana
sini menyebabkan majlis menjadi kucar kacir.
Segala aktiviti yang
dirancang termasuk sukaneka dan expo
jualan semuanya tidak menjadi akibat hujan lebat yang mencurah-curah
membasahi kawasan itu. Turut hadir dalam majlis pagi tadi ialah MB Pahang,
Dato' Sri Adnan Yaakob, barisan exconya dan lain-lain kenamaan.
Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )
**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**
**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!