KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika rusuhan pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang di sini Sabtu lalu.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, berkata selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.
(Video dibawah adalah contoh anggota Polis bersabar dengan peserta himpunan)
"Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Sabtu lalu, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
Sehingga kini polis sudah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh pada perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.
Mahmood berkata, seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan bertugas sepanjang perhimpunan itu.
"Kementerian sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut," katanya. - BERNAMA
Video dibawah ini pula adalah pengorbanan anggota polis (mengorbankan sepak terajang)
Kerajaan rugi 1.8 juta akibat perhimpunan bersih..apa cerita duit lembu 250 juta ...lupus hutang 580 juta dan amanah saham rakyat hilang 52 bilionhanya baki 2 bilion...siapa yang samun wahai kerajaan umnobn bangsat?Jadi kaya raya dengan duit haram !
ReplyDeletemacam binatang liar lapar serbu makanan...:( ku doakan setiap tangan yang memukul itu di balas allah, diberikan hidayah dan mohon ampun atas kesalahannya...:(
ReplyDeleteRugi sikit nampak... Rugi banyk tk nampak atau buat2 tk nmpk. Sape nk ganti blk duit rakyt 250 juta tu.... INI KALI LAH....asal bukan umno
ReplyDeletetakkanlah rega waja 1.8 juta?
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!