“Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !” jerit anggota Polis


Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali.

Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya.

Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya.

Rayuan saya sia - sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.

Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul  dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan bayang – bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan.

 Keduanya kalau ada pun kesalahan,  ada beberapa peserta demonstrasi  tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

 Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut, bagaimana sekumpulan anggota polis bermotorsikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah - tengah kumpulan mereka. Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah untuk diam.

Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Sila sambung bacaan anda di ( SINI )

19 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ketua polis negara patut letak jawatan, Kerana membiarkan lembu-lembu (Kak Jat) berkeliaran dengan beruniform/tak beruniform.

    ReplyDelete
  2. patut ditembak je yang berdemo tu,menyusahkan orang je

    ReplyDelete
  3. anon May 4, 2012 12:14 AM

    Bukan Najib and the gang ke patut ditembak kerana menyusahkan rakyat dengan duit minyak, tol, duit seleweng, kroni bla..bla..?

    Bangangggggg!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tu la yg bangangggg...!!! Menyusahkan org ada la...

      Delete
    2. Ko ada susah ke? Ke ko polis yg sepak terajang org? Sop mana yg ko ikut? Setakat langgar perintah majistret ko sepak org? Perintah Allah ko ada ikut? Xpelah, aku berharap anak2 polis yg aku ajar malu tgk bapak dorang bangang nk mampus

      Delete
  4. Dia dapat RM500 kot? Tu yg bangang tu, Kak Jat lembu dapat RM250 juta shj.

    ReplyDelete
  5. betul la anonok 12:14am, binatang bertopeng 'orang sudah rasa susah.' Baru sekarang kamu tau kuasa jalanraya?? Ciannn..
    meh kengkawan, kita demo tiap2 minggu, kita tengok berapa banyak peluru dia ada??

    ReplyDelete
  6. BANYAK BETUL PEMBOHONGAN DAN DUSTA DARI CHEGU BARD KAT SINI... YANG CHEGUBARD DOK CANANG PESERTA BERSHIT3.0 MATI TU TAK CERITA PULAK..WALHAL TAKDE PUN..PASAL ANWAR ARAHKAN MASUAK DATARA TAK CERITA PULAK..PASAL KERETA POLIS KENA SERANG HABIS2AN TAK CERITA PULAK..PASAL DRIVER KERETA POLIS TU PITAM KENA HENTAK DGN OBJEK KERAS YG DIBALING TAK CERITA PULAK...CHEGUBARD NI BETULLAH NAK KENA MAIN BONTOT DGN ANUWAR GAY...

    ReplyDelete
  7. ANON May 4, 2012 1:27 AM

    Yelahhh chegu bard bohonggg.. semua kecederaan tu dia buat sendiriiii kahkahkahkah

    ReplyDelete
  8. WOII MANGKOK ANON May 4, 2012 1:27 AM

    PASAL ANWAR ARAHKAN MASUAK DATARAN ..PASAL KERETA POLIS KENA SERANG HABIS2A..PASAL DRIVER KERETA POLIS TU PITAM KENA HENTAK DGN OBJEK KERAS YG DIBALING DAH MASUK UTUSEXLAH WOII DAN MASUK BERITA HAIRANLAH WOII.. BUAT CERITA KT SINI..BUKAN KE DUA AKHBAR SUCI KAU TU YANG PALING BACA PEMBELINYA. MASIH TAK PUAS HATI KEEE?

    ReplyDelete
  9. mohon d timpa bala pada yang zalim dan kejam pada hari kejadian. Amin.

    ReplyDelete
  10. Sadis sungguh bila tgk layanan polis sekarang ni. tak sama masa aku bertugas dulu. langsung takda etika kemanusiaan. Wahai polis muda yang baru kuar pusat latihan, hang semua masih berhingus lagi waktu tu DS Anwar yang ko hina, keji dan sebagainya dah mulakan reformasi 98. Aku bertugas waktu tu tak pernah berkasar ngan orang ramai apatah lagi pihak media(walaupun ada juga segelintir yang kaki kipas dan agen bn). Insaf la! dan cuba buka mata hati tu untuk terima kebenaran. Tolak pemerintah yg zalim, kerajaan korup akan mengundang bala Allah. -Pesan dari anggota pencen.

    ReplyDelete
  11. Persoalannya bad pembohong ni ape ke halnya boleh fitnah bn plak yg nyebarkan khabar angin kata polis mati....yg ada walkie talkie adalah polis...bila masa kami umno nampak semua kejadian tu...kami pun cuma nonton kat utube...memang dasar kaki fitnah puak pakatan ni....islam ke dia ni?

    ReplyDelete
  12. Apa walkie talkie cuma polis aje yg ade.. Kat kedai bersepah jual.. Org buat kenduri kawin pun ada yg pakai walkie talkie lah.. betul lah kau ni anon 4:54 am Pagi pagi lagi dah bangun .. kalau ikut ajaran Islam org yg tak tido dan dah bangun pagi pagi ni tak bodoh.. mcmana pulak lah kau boleh jd bodoh

    Apa ingat dlm umnok tak de Polis ke.. Dlm Polis tak de emak bapak dan se isi keluarga yg di perlembukan oleh umnok.. sb tu lah ada Polis yg bertukar jd binatang.

    Yg bgtau konon ada Polis mati disbbkan peserta Bersih ialah barua barua umnok dlm Polis.

    Cerita Polis bertindak mcm ni bukan masa Bersih 3 je... Kalau kat hospital pun tembak gas apa lagi kat para peserta Bersih.

    Yg kata peserta Bersih 3 mati Yg kata rempuh sekatan Yg baling objek keras semua nya kerja barua umnok dlm Polis. Mcm kau jd Barua umnok kat sini.

    ReplyDelete
  13. antiSamsengPolisMay 4, 2012 at 9:25 AM

    woiiii anjing2 umno/bn, aku makin menyampah dan meluat dgn korang, musibat....!!! korang tunggulah apa akan berlaku diatas kezaliman korang . Dan kpd samseng2 polis, lu tunggu lah azab dr Tuhan,lu tunggguuuuu lahh !!!!

    ReplyDelete
  14. setelah Aku baca coment korang ...maka benarlah kata Tun Mahathir ...katanya dlm umno ramai orang bodoh ....

    ReplyDelete
  15. haha...mahathir sendri cakap org UMNO bodoh..pastu org UMNO ni diam je kan..so memang betullah bodoh, bangang dan sewaktu dengannya. Sedarlah sikit orang UMNO. Kesian bekas presiden sendiri cakap bukan orang lain pon.

    ReplyDelete
  16. Sendiri yang cari sakit..tanggungla.

    ReplyDelete
  17. Yang buat cerita menipu ni umno je. Pakatan nak menipu buat apa. tgk lah video keganasan polis dlm youtube semuanya ori tanpa di edit yg polis tayang dalam tv3/4 semua dah di edit.Belajar lah jadi orang cerdik jgn jadi bodoh.Anon 10.27am sebenonya kamu bukan bodoh cuma diperbodohkan shj oleh puak2 umnongok tu. Lepas baca komen pakcik ni kamu pi sekolah tau belajar dgn cek gu pakatan bukan cek gu umno,kalau belajar dgn cek gu umno sampai ketualah bodoh dan diperbodohkan. Faham tak ANON 10.27am.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post