KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, pada Selasa,
memutuskan bahawa Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Datuk
S.Nallakaruppan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah
terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan.
Peguam Latheefa Koya, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita Hakim Su turut memerintahkan Nallakaruppan, seorang senator, membayar ganti rugi dan kos kepada ketua pembangkang itu, yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.
Latheefa berkata Anwar membuat permohonan itu kerana Nallakaruppan gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaannya terhadap ketua pembangkang tersebut.
Beliau juga berkata peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Nallakaruppan, memaklumkan kepada mahkamah pihaknya akan mengemukakan rayuan, dan Hakim Su memerintahkan peguam itu memfailkan permohonan rasmi bagi menggantung keputusan tersebut.
Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.
Dalam pembelaannya, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada di bawah perlindungan bersyarat. - BERNAMA
Ini fitnah Nalla itu yang menjadi modal ramai blogger UMNO..

Didakwa terima RM60 juta
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Bekas sahabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa Anwar telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd.
"Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu, tetapi dia memutar kata-kata menuduh saya yang ambil wang itu," katanya.
Nallakaruppan, yang pernah menjadi Pengarah Perhubungan Awam Magnum berkata, Anwar juga semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri meluluskan banyak lesen perjudian untuk kedai empat nombor ekor.
Beliau berkata, pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.
"Saya sudah buat salah dulu (kepada rakyat), saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu," katanya.
Nallakaruppan berkata, beliau tidak sedikit pun terkejut apabila timbul pelbagai tuduhan terhadap Anwar kerana beliau mengetahui siapa sebenarnya Anwar yang dikenali selama 30 tahun.
"Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut," kata beliau.
Beliau juga mendakwa menyimpan lima pita rakaman di luar negeri dan sekiranya terjadi apa-apa kepadanya pita itu akan dibawa semula ke sini.
Sehubungan itu, beliau mahu pengundi di Permatang Pauh supaya tidak membuat pilihan yang salah pada 26 Ogos ini dengan memperjudikan nasib bangsa dan negara.- Bernama
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!