Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu meletak jawatan sekiranya terbukti benar bahawa menteri tersebut mengarahkan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menghentikan pinjaman kepada siswa Universiti Selangor.
"Di sini kita ada seorang menteri, bila ada keputusan diambil untuk hentikan pinjaman senyap-senyap kepada seribu pelajar, (bukannya) menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan pelajar (tetapi) meraikan dan bermegah-megah mengenai.
"Ini jelas satu perbuatan dendam," katanya lagi mengulas kenyataan Khaled di Twitter semalam.
Katanya lagi, Khaled selaku menteri pengajian tinggi seharusnya bersikap matang dan "paling intelek" dan bukannya "sikap kebudak-budakan untuk berdendam dan hukum pelajar."
"(Khaled) patut matang dan bukan salah guna kuasa untuk arahkan PTPTN terjerumus dalam politik murahan Umno," katanya lagi.
Khaled dalam tulisannya itu berkata Unisel sepatutnya membatalkan yuran untuk memenuhi kempen untuk memberikan pendidikan percuma.
Khaled menulis demikian malam tadi susulan laporan Malaysiakini bahawa PTPN membekukan pinjaman untuk siswa baru Unisel.
Malaysiakini
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!