Mana NGO Gabungan Bertindak Rakyat Johor yang berarak bagi menyerahkan memorandum membantah kenyataan DS Nizar? Kosmo juga mempersendakan WWW1 ni.. tak nak buat demo haramkan Kosmo di Johor pulak ke?
Memo usul haramkan Nizar ke bumi Johor
JOHOR BAHRU – Kira-kira 500 penduduk menyertai perarakan aman sejauh dua kilometer bermula dari Jalan Ngee Heng, di sini menuju ke Balai Polis Sentral bagi membantah kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam.
Perarakan itu yang diketuai Gabungan Bertindak Rakyat Johor bagi mewakili 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar negeri ini mula berkumpul di hadapan Menara Landmark dari jam 1.45 petang dan berarak melalui Jalan Wong Ah Fok dan Jalan Siu Nam sebelum tiba ke Balai Polis Sentral pada jam 3 petang.
Perarakan berkenaan diadakan dalam keadaan terkawal sambil melaungkan perkataan ‘Daulat Tuanku’ dan mengibarkan bendera Negeri Johor selain ada yang membawa sepanduk mengutuk kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.
Memorandum bantahan diserahkan Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh di hadapan Balai Polis Sentral.
Sebaik sahaja memorandum diserahkan, peserta perarakan turut menyanyikan lagu negeri Johor sebelum bersurai sebagai tanda menghormati institusi diraja dan taat setia kepada pemerintah.
Turut menyertai perarakan itu termasuklah Ketua Pemuda MIC Johor Bahru, B Pannir Selvam; Ketua Pemuda MCA Johor Bahru, Kua Son Tock dan Pengerusi Persatuan Kontraktor Kecil India Negeri Johor, Suppayah Sollaimuthu.
Sementara itu, Khalid berkata, penyerahan memorandum itu bertujuan menggesa pengadilan secepat mungkin diambil ke atas Mohammad Nizar kerana kenyataannya dianggap boleh mencetuskan benci terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Sinar Harian
Apa komen Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al Hiss..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!