Muhyiddin umum bina 250 rumah kos sederhana.. tapi Kerajaan PR Pulau Pinang dah bina 11,596 buah rumah..


Ada pencacai UMNO yang menulis tindakan Muhyiddin yang memngumumkan untuk membina sejumlah 250 buah rumah kos sederhana di Pulau Pinang meresahkan pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Nak kata yang menulis tu bodoh.. rasanya taklah bodoh sangat dia tu pasal dia Doktor..

Kalau setakat nak bina 250 buah rumah kos sederhana tu.. aku rasa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tak kisah langsung pasal sejak dari mengambil alih pemerintahan pada 2008 hingga kini sudah 11,596 buah rumah telah dibina.

Rumah-rumah tersebut berharga antara RM42,000 (kos rendah) dan RM72,500 (kos sederhana) - sila baca sepenuhnya di ( SINI )

Lagipun.. kalau projek yang akan dilaksanakan oleh Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).. dah tahu dah siapa yang bakal memiliki rumah tersebut..

Majoriti rumah akan dimiliki oleh pemimpin UMNO atau kroninya.. contoh terbaik ialah Pusat Komersial Permatang Pauh.. majoriti kedai dimiliki oleh samada pemimpin ataupun kroni pemimpin UMNO.


Aku tak pasti siapa punya kroni.. pasal Ariff Shah kata Datuk Jalil.. Datuk Jalil pula kata kroni Ariff Shah..yang aku pasti ialah Kroni UMNO.

Dimiliki oleh mereka kemudiannya disewakan kepada peniaga..

Tentang rumah kos sederhana yang diumumkan oleh Muhyiddin tu.. pencacai-pencacai UMNO tak perlu nak banggalah.. pasal korang cuma bakal jadi penyewa saja..

Sebabnya pemiliknya sudah tentu pemimpin UMNO atau Kroninya..

Bagaimanapun, tindakan Muhyiddin mengumumkan untuk memberikan RM10,000 untuk setiap NGOyang hadir ke Majlisnya di Pulau Pinang sudah tentu memberi kelegaan buat NGO-NGO.

Terutamanya seseorang dari sebuah NGO yang kini dikejar ceti, hingga membuatnya takut untuk mengepalai demo lagi..

Laporan berkaitan...

Muhyiddin umum bina 250 rumah kos sederhana

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan pusat merancang untuk membina 250 unit rumah kos sederhana di Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Minyak, dalam usaha membantu mengatasi masalah perumahan di Pulau Pinang.

Beliau berkata Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenal pasti kawasan berkenaan dan pembinaannya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Masalah tempat tinggal memang satu isu yang besar, dan bagi mereka yang bekerja mungkin pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk memiliki rumah. Kita akan atasi masalah ini kerana ia perlukan penyelesaian segera.

"Selain itu, saya juga arahkan ICU untuk mencari tapak-tapak yang sesuai dan binalah rumah, buat perancangan yang teliti," katanya pada majlis perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini. Kira-kira 6,000 orang daripada 60 NGO hadir pada perjumpaan itu.

Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas berhubung masalah perumahan di Pulau Pinang serta rungutan golongan bumiputera yang tidak berkemampuan memiliki rumah kerana harga yang terlalu mahal.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan pemimpin BN negeri.

Timbalan Perdana Menteri juga menyeru agar NGO Melayu di Pulau Pinang bersatu bagi memperkasa golongan bumiputera di negeri ini untuk terus kukuh dan tidak berpecah belah.

"Yang penting ialah perpaduan kita, Melayu Pulau Pinang tidak boleh berpecah, pimpinan NGO inilah yang akan menjadi pengikat, kita tidak boleh bercerai berai...bersatu teguh bercerai roboh...," katanya

Oleh itu, beliau berkata kerajaan pusat akan menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO atau persatuan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersesuaian dengan lebih berkesan.

"Saya beri RM10,000 untuk setiap NGO yang hadir pada hari ini, saya harap ia dapat laksanakan dalam tempoh segera," katanya.

Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa kerajaan persekutuan terus komited membantu rakyat agar dapat sama-sama menikmati faedah yang diperoleh hasil daripada tranformasi yang dilaksanakan kerajaan.

"Kerajaan mengambil serius kemahuan rakyat, apa lagi yang rakyat mahukan, kerajaan persekutuan memang membantu dan apa yang diutamakan ialah soal pendidikan, akan-anak kita tidak boleh diabaikan.. jangan sampai terbiar dan tercicir tidak pergi ke sekolah.

"Saya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selalu turun padang dan setiap minggu kami berdua berbincang kemudian dibawa ke kabinet untuk diputuskan bentuk bantuan yang akan diberi kepada rakyat sebagai memenuhikehendak dan keperluan mereka," katanya. - Bernama



Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post