Berikut adalah surat permohonan maaf dari pihak penaja ‘Tarian Tradisional’ di Bertam Nite yang telah dianjurkan oleh Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Bertam pada 3 June 2012 yang telah mencetuskan kontroversi.
Dalam tajuk surat terdapat sedikit kesilapan iaitu yang dinyatakan 'anjuran Parti Pakatan Rakyat' sepatutnya hanya Pakatan Rakyat sahaja..
Surat ini telah ditandatangani oleh Pengurus Besar syarikat Public Pavillion Holdings Sdn. Bhd. Iaitu Tuan Kenny Zhu.
Difakskan kepada Pejabat Penerangan PKR Negeri dan ditujukan kepada Tuan Haji Johari Kassim pada 6 June 2012.
Menurut apa yang tertera dalam surat ini pihak Public Pavillion Holdings Sdn. Bhd. mengakui bahawa mereka adalah pihak yang menaja ‘Tarian Tradisional’ di Bertam Nite pada 3 June lalu.
Pihak mereka juga mengakui kesilapan dalam menentukan pakaian para penari dalam salah satu persembahan mereka dan ianya adalah disebabkan oleh kesilapan komunikasi (communication errors).
Ianya adalah tidak disengajakan dan oleh itu pihak mereka memohon ribuan kemaafan atas segala kesulitan yang telah timbul.
Penjelasan dari pihak penganjur sila baca di ( SINI )
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!