Perjuangan Umno bukan berbentuk "asabiyah" sebaliknya lebih bersifat "wasatiyyah", kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Dia nak perbodohkan siapa pulak kali ni?
Kata-kata beliau itu memang boleh diterima oleh orang-orang yang tidak faham bahasa Arab dan juga bahasa Melayu.. atau Ahmad Maslan sendiri yang tak faham apa yang dia cakap tu..
Asobiyah dalam bahasa Melayu bermaksud kebangsaan dan perkataan wasatiyah pula membawa maksud kesederhanaan..
UMNO atau United Malay National Organisation sendiri telah menjelaskan bahawa mereka adalah parti yang berteraskan asobiyah jadi bagaimana Ahmad Maslan boleh berkata UMNO bukan parti asobiyah?
Asas UMNO ditubuhkan suatu masa dulu ialah untuk memperjuangkan Bangsa Melayu, bukannya untuk menipu bangsa Melayu seperti UMNO Baru yang ada sekarang ini..
Jika UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib bangsa-bangsa lain yang ada didalam Malaysia ini maka tak perlulah ada MIC yang memperjuangkan bangsa India, MCA untuk memperjuangkan bangsa Cina dan GERAKAN.. err memperjuangkan bangsa apa GERAKAN ni?
Atau mungkinkah Ahmad Maslan cuba menyatakan bahawa UMNO kini sudah tidak memerlukan MIC, MCA dan GERAKAN lagi?
******************************************
Ahmad Maslan: 'Perjuangan Umno bukan asabiyah'
MELAKA - Perjuangan Umno bukan berbentuk "asabiyah" sebaliknya lebih bersifat "wasatiyyah", kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Umno mengamalkan dasar yang adil, sederhana, seimbang dan tidak fanatik terhadap kaum Melayu sahaja.
"Perjuangan kita (Umno) selaras dengan konsep wasatiyyah ini dan yang bukan Islam jangan khuatir, kita ini bukan asabiyah sebagaimana tuduhan pembangkang," katanya kepada kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam dan seminar pemahaman wasatiyyah dan gagasan 1Malaysia yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, semalam.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Katanya, Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf peranan semua kaum dan bukannya menindas kaum lain.
"Konsepnya itu besar... asabiyah itu maksudnya fahaman perkauman sempit, naikkan bangsa sendiri, jatuhkan bangsa lain tetapi kita gagasan 1Malaysia kita nak sama-sama naik (maju)," katanya.
Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu jentera penerangan parti komponen Barisan Nasional (BN) turun padang menjelaskan kepada rakyat fakta sebenar berhubung sesuatu isu, Ahmad berharap jentera di peringkat bahagian dapat bergerak agresif dalam melaksanakan saranan itu.
Beliau berkata, pelbagai program dilaksanakan di peringkat pusat namun terdapat sesetengah bahagian yang dilihat tidak begitu aktif menjalankan program yang direncanakan. - Bernama
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!