Bukan saja slogan Sambutan Hari Kemerdekaan.. Lagu pun Najib hijack juga.. tengoklah! (Video Inside)
byAnak Sungai Derhaka-
0
Selepas kontroversi slogan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 ‘Janji
Ditepati’ yang didakwa hanya untuk meraih sokongan kepada Barisan
Nasional (BN), kini lagu temanya turut menimbulkan persoalan yang sama.
Lagu ‘Janji Ditepati’ yang dimuat naik dalam laman video sosial
YouTube mengandungi lirik ‘Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi’.
Lirik lagu 3:35 minit itu turut memuatkan baris ayat ‘Ini janji kita
BR1M 1Malaysia’, ‘Kata kita dikota ‘, dan ‘Kedai 1Malaysia’.
Manakala klip video tersebut memaparkan beberapa keping gambar slaid
program 1Malaysia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku
1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia, serta Skim
Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia.
Slogan ‘Janji Ditepati’ sebelum ini mendapat reaksi negatif
terutamanya Pakatan Rakyat yang mendakwa ia tidak menggambarkan
kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan hanya untuk meraih undi untuk
pilihan raya.
Pakatan Rakyat sehubungan itu memberi tempoh masa seminggu kepada
kerajaan menukar slogan itu sebelum mencadangkan satu tema lain yang
lebih inklusif untuk semua.
Namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais
Yatim dalam reaksinya berkata bukan satu kesalahan menggunakan slogan
“Janji Ditepati” sebagai tema kerana ia sememangnya mencerminkan
komitmen kerajaan BN menunaikan janji-janjinya.