Ini adalah iklan.. iklan apa ini?.. tengoklah sendiri..


Ini adalah iklan yang telah disiarkan oleh The Straits Times pada 15 April 1972 di muka surat 28..

Dalam iklan ini pihak United Engineers (M) Sendirian Berhad telah mengucapkan tahniah kepada Carlsberg Brewery (M) Berhad kerana perasmian kilangnya di Shah Alam pada hari tersebut di atas.

Perasmian kilang tersebut telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein Al-Haj iaitu bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang ada sekarang..

Menarik bukan?? Seorang pemimpin Melayu yang berugama Islam dari sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan bangsa dan agama merasmikan sebuah kilang yang mengeluarkan minuman keras yang diharamkan oleh Agama Islam.

Ada persamaan nampaknya antara Najib dan Mahathir walaupun ianya vice versa.. kedua-duanya dari keluarga yang ada sejarah melibatkan pengeluaran arak...

Bapa Najib merasmikan kilang arak.. anak Mahathir pula menguasai kilang yang mengeluarkan arak..

Dengan menggunakan menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation anak Mahathir menguasai pula Esso Malaysia yang ditukar nama kepada Petron..

Laporan berkaitan..

Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.

“Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


 Beliau berkata demikian depan lebih  2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.

Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.

“MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan,  daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh,” katanya, sinis.

Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.

“Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.

Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno ‘berikrar’ mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.

“Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.

“Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh,” katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=32408
Previous Post Next Post