Uncle Seekers ditangkap sebab sudah lebih popular dari Papagomo?.. biar betul...

Selama 3 bulan Uncleseekers menyiarkan siri “Sultan Johor atau Kerabatnya?”, tak ada siapa yang peduli untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Tidak ada pembela Raja, tak ada pembela Perkasa, Tak ada JATI. Semua diam macam tak ada teloq.

Pada 27/6, Mediaperak menyiarkan satu artikel yang bertajuk “Umno dibelakang Uncleseekers?”.

Empat hari kemudian, pada 1 Julai, sekumpulan 30 individu membuat laporan polis di Johor Baru. Kumpulan ini juga siang-siang sudah membuat kenyataan bahawa mereka bukan dari mana-mana pertubuhan politik.

Apatah lagi mempunyai hubungkait dengan Umno. Heran juga, mengapa Umno langsung tidak mahu terlibat dalam mempertahankan Sultan Johor.

Semalam, 5 Julai 2012, Uncleseekers akhirnya ditangkap di Senawang dan dibawa ke Johor Baru. Ada kawan-kawan bagi tau, Uncleseekers ditangkap sebab sudah lebih popular dari Papagomo. Ha.ha. Memang betul!!


Seronok ka kita bila Uncleseekers ditangkap?

Memang seronok sebab blog-blog kita laris macam burger Ramly. Tapi lepas ni apa nak buat? Cukup ka dengan menceritakan apa yang berlaku keatas Uncleseekers?

Aku tengok Uncleseekers sebagai rakan blogger walaupun aku tak pernah jumpa dia.

Dia mewakili suara rakyat yang menentang kezaliman pemerintah. Tak kira kita bercakap tentang kerajaan atau Sultan. Kalau sultan pun zalim…nak sembah buat apa?

Orang Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutan tak ada pun Sultan…adakah depa hidup susah atau mati kelaparan?

Adakah semua rakyat Johor hidup senang lenang sebab ada Sultan?

Dalam posting sebelum ini, aku katakan bahawa, blog Uncleseekers akan menjadi pemangkin kepada perubahan politik tanah air.

Dan memang tidak dapat dinafikan, apa yang ditulis oleh Uncleseekers dipersetujui oleh sejumlah besar rakyat .

Banyak Facebook dan blog yang menyokong Uncleseekers…malah sudah ramai yang menjadi Uncleseekers.

Semalam, seorang Uncleseekers ditangkap.

Apakah kita mahu membiarkan Uncleseekers terus mati macam tu saja? Bila aku tanya kat kawan-kawan, ada yang kata..”berani buat, berani tanggung la.”.

Serupa juga bila Perak dirampas oleh BN dulu, ramai yang ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar. Bila member kena tangkap..masing-masing lari. “Sendiri buat, sendiri tanggung la.”

Macam mana pulak kalau selepas ini, Nizar pulak yang ditangkap dan dibawa ke Johor.” Apakah kita juga akan berkata, “mampuih pi kat dia la.”?

Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI )



Justice for Uncle Seekers
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo
Previous Post Next Post