Sila baca laporan ini dengan penuh semangat Patriotik walaupun kita keletihan kerana berpuasa..
Berkibar megah...Pembawa Jalur Gemilang, Pandelela Rinong anak Pamg bersama kontinjen Malaysia yang mengandungi 22 atlit dan pegawai berarak megah pada acara pembukaan rasmi penuh gemilang temasya Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Olimpik, awal pagi semalam.
Kontinjen yang diketuai Chef de Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, dengan peserta lelaki memakai baju kebangsaan berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan warna ‘Harimau Malaya’ serta bertanjak sementara peserta wanita berbaju kurung dan berselendang, berarak lalu pada jam 11.13 malam (waktu tempatan).
Malaysia adalah antara kontinjen dari 204 negara yang mengambil bahagian dalam perarakan perasmian yang bermula jam 9 malam, didahului kontinjen Afghanistan di stadium yang boleh memuatkan 80,000 penonton itu.
Ratu Elizabeth merasmikan pembukaan temasya berkenaan.
Kat atas tu laporan oleh ( Berita Harian..)
( YAHOO! ) pula dalam satu artikel atau laporannya dengan tajuk ‘Best and worst team uniforms’ yang menyenaraikan pakaian Kontinjen yang mengambil bahagian di pembukaan rasmi temasya sukan olimpik di London telah meletakkan pakaian Kontinjen Malaysia adalah antara pakaian yang terburuk..
Tapi tak apa.. pereka fesyen yang mereka uniform untuk Kontijen Malaysia tu jangan kecil hati..
Kerana selain dari Malaysia banyak lagi negara yang disenaraikan menampilkan pakaian atau seragam yang kelihatan buruk.. antaranya Britain, Republic Czech, Canada, Germany, Ukraine, New Zealand dan juga Mexico..
Tapi... akan majukah negara kita kalau kita sering menjadikan yang buruk dan teruk itu sebagai perbandingan dengan apa yang kita lakukan?