Trend pemimpin BN keluar beramai-ramai terutamanya di Sabah bukanlah perkara baru, akan tetapi dengan perkembangan semasa, di samping demam pilihanraya umum makin kuat dirasa, tidak mustahil kejutan pasti akan berlaku yang bakal merubah lanskap politik negeri ini.
Bercakap di perhimpunan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Kota Marudu, beliau berkata, rakyat Sabah menunggu bertahun-tahun lamanya tetapi masalah pendatang tanpa izin tidak pernah selesai.
Justeru, katanya, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu mengisytihar keluar BN kerana tiada sebab untuk beliau yakin dengan pengumuman pada saat-saat akhir yang dibuat Perdana Menteri itu.
Pada 11 Ogos lalu, Najib mengumumkan pembentukan RCI berhubung pendatang tanpa izin di Sabah dan akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Steve Shim dan dianggotai empat lagi panel.
Dalam majlis itu, Maijol menyatakan beliau meninggalkan BN adalah kerana hilang keyakinan bahawa BN benar-benar bersungguh-sungguh mahu membela nasib penduduk Sabah.
“Saya tidak ingin dimaki oleh generasi akan datang kerana tidak berjuang,” katanya yang turut mengumumkan untuk meninggalkan semua jawatannya dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan
Maijol memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata.
Menurut bekas Naib Presiden 2, parti PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.
Maijol adalah merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN Ahad lepas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.
"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya yang bagus. Presidennya, Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"
"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.
Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.
Trend pemimpin BN keluar beramai-ramai terutamanya di Sabah bukanlah
perkara baru, akan tetapi dengan perkembangan semasa, di samping demam
pilihanraya umum makin kuat dirasa, tidak mustahil kejutan pasti akan
berlaku yang bakal merubah lanskap politik negeri ini.