Itulah.. bila dinasihatkan oleh DS Anwar Ibrahim supaya duduk rumah diam-diam sambil jaga cucu, petang-petang pergi ke Masjid.. Mahathir tak mahu dengar, dia nak bercakap juga, hasilnya jadi macam nilah...
Sinar Harian hari ini melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas..
Oooo... dia tak pernah tolak Hudud rupanya.. aku kata dia nyanyuk nanti ada pulak pencacai UMNO yang marah..
Dulu bila dia tolak perlaksanaan hukum Hudud tak pulak dia nyatakan hukum Hudud PAS yang ditolaknya itu.. tapi bila pulak PAS gubal hukum Hudud?
Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, mempersoalkan Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?
Pada 3 Mac 1994 juga di tempat yang sama.. Mahathir berkata Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.
Lagi apa kata Mahathir pasal Hudud sila baca di ( SINI )
Hmmm.. Nampaknya pemimpin Agong parti Syaitan ini cuba nak buat U Turn pula pasal isu hudud.. mungkin dia terlupa kita sekaran bukannya hidup pada tahun 60 atau 70an.. orang yang tak ada capaian internet bolehlah dia perbodohkan...
Tapiiii... yang aku hairannya ada juga yang tahu gunakan internet, tapi masih tak tahu nak bezakan mana yang benar dan mana yang bohong... awatlah bengong sangat depa tu??
Ini laporan dari Sinar Harian ..
Mahathir: 'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam'KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas."Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya.