Ketika perhatian kini bertumpu padanya kerana isu kenyataan beliau mengenai isu hudud antara PAS-DAP,bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa pulang ke tanahair dari Makkah,Arab Saudi tengahari Khamis.
Selain isu berkenaan penyiaran gambarnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga telah mengundang reaksi.
Kalangan pimpinan PAS tertentu kelihatan macam 'gatal tangan' hendak kenakan Nasharudin ekoran perkembangan terbaru ini.
Bercakap dalam sidang akhbar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ,Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok menegaskan beliau tidak berhajat hendak meninggalkan PAS ataupun menyertai UMNO.
Beliau juga relaks saja menjelaskan pertemuannya dengan Najib di persidangan OIC itu adalah atas jemputan beberapa rakan ulama di negara ini bagi membincangkan isu Syria dan Rohingya.
Kedua-dua isu berkenaan merupakan fokus utama sidang OIC itu.
Namun kalangan pimpinan PAS melihat dengan penuh curiga pertemuan itu sekalipun ia diadakan secara terbuka dan disiarkan oleh media.
Hakikatnya perbezaan ideoloji politik tidak harus menjadi sempadan atau pengalang dalam perjuangan keatas isu-isu melibatkan kepentingan Islam contohnya dalam isu Palestine dimana umat Islam bersatu suara - AgendaDaily
Berikut adalah video penjelasan Nasharudin tentang isu ini..
Nampak contras lah dua kenyataan ni..
2:40.. Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekkah dengan
beberapa orang ulamak di Mekkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena
dengan persidangan OIC, saya dijemput ke Mekkah dengan visa khas selepas YAB
Perdana Menteri bersetuju untuk menemui ulamak-ulamak tersebut..
5:15.. bukan Datuk Najib yang pilih saya.. saya dipanggil oleh Ulamak di Saudi..
Kenalan.. saya mempunyai beberapa kenalan di..di.. beberapa ulamak di Mekkah
itu.. saya baru saja pulang dari Umrah sebenarnya..
Atau aku yang keliru...