Gambar di atas ialah rakaman yang menunjukkan bebrapa orang anak yatim (bukan anak Rais Yatim) yang berada di meja yang dilabelkan dengan 'AY' dalam proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Dengan bertemakan 'Ummah Bersatu Negara Maju', Majlis diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC selepas solat Asar pada 11 Ogos.
Ianya telah dihadiri oleh seramai 200 orang daripada Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pelajar dari Tahfiz serta anak-anak yatim sekitar ibu kota.
Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B), Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Ustaz Fathul Bari. Pelajar Tahfiz dan Maahad sekitar Ibu Kota turut hadir Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran itu.
Sejurus selepas selesai majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran, Khairy Jamaluddin telah memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan cenderahati penghargaan kepada pihak penaja.
Yang menjadi persoalan di sini ialah mengapa layanan dari segi makanan yang diberikan terhadap anak-anak Yatim itu begitu ketara berbeza dengan apa yang dihidangkan untuk VIP UMNO?
Perhatikan gambar-gambar di bawah ini dan nilaikan antara dua darjat yang diujudkan oleh UMNO..
Meja bertanda 'AY' atau Anak-anak Yatim |
Meja bertanda 'VIP' perhatikan hidangannya dan bezakan dengan apa yang ada di atas meja 'AY' di atas. |
Tidakkah ini satu penghinaan buat anak-anak Yatim yang dijemput kemajlis tersebut?
Ini pun boleh dianggap sebagai menggunakan Masjid untuk berpolitik... lihat Khairy sedang menggunakan Masjid untuk berpolitik..
Kalau bukan berpolitik dalam Masjid adakah si Khairy ini punya tauliah untuk memberikan kuliah atau tazkirah didalam Masjid As-Syakirin ini?
Ulama Muda UMNO juga memberikan takzirah tanpa tauliah di dalam Masjid ini...
Cuba bayangkan perkara sebegini dilakukan oleh Pakatan Rakyat.. dah tentu riuh rendah Media Tunggangan UMNO mensensasikan perkara ini..
Sumber gambar dari APA dan e-mail aku...