Dah gila ke apa perempuan ni.. aku tak pastilah.. kata dia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana dirinya dan beliau kesal kerana mereka tak menghargai dirinya..
“Kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Disamping itu beliau juga mendakwa beliau jauh lebih hebat dalam mengadakan ceramah jika dibandingkan dengan pemimpin UMNO yang ada kerana 10, 000 orang telah hadir dengar ceramahnya di Besut..
Kesian kat dia ya... susah payah tulis surat kat Mahathir untuk memfitnah Anwar tapi langsung Mahathir tak hargai..
Bukan saja Mahathir malah Pak Lah dan Najib yang jadi PM kerana surat dia tulis tu juga tak hargai dirinya.. sekurang-kurangnya Najib lantiklah dia jadi Menteri Wanita.. kan jawatan tu kosong sekarang ni..
Kalau tak nak lantik dia jadi Menteri Wanita.. lantik dia jadi Pembantu Khas kepada Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat iaitu Jamaluddin Jarjis pun sesuai tu.. he,,he..
`Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM’PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008.
“Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.
“Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.
Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.
“Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah,” katanya.
Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.
“Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar,” katanya.
Mana menteri?
Namun, Umi juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.
“Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin,” katanya lagi.
Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.
“Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10, 000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8, 000 orang.
“Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya,” kata Umi lagi.
Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.
Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap dahulu.
Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin PaKatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir - Free Malaysia Today
Kalau kerana surat yang dia tulis tu.. Anwar tak dapat jadi PM.. Mukhriz patut minta Umi Hafilda tulis surat tentang Muhyiddin pula kepada Najib.. barulah Mukhriz cepat sikit jadi PM..
Desperatenya Umi Hafilda ni ya...
Buat pencacai UMNO tu.. kalau selama ini apa yang si Umi Hafilda ni bohong tentang Anwar .. korang percaya jadi apa yang dia kata kat atas tu temtamg pemimpin UMNO sepatutnya korang percayalah juga..