Bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang lagi!!.. oleh Pencacai UMNO Melaka pula..


Seperti apa yang telah berlaku terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat, insiden yang sama telah berulang di Melaka dimana sekali lagi bas tersebut menjadi mangsa keganasan pencacai UMNO.

Jika di Kelantan ianya dilakukan pada awal pagi ketika ramai yang sedang diulit mimpi di Melaka pula ianya dilakukan disiang hari oleh pencacai UMNO yang melakukan provokasi disepanjang jalan.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu telah menjadi mangsa keganasan pencacai UMNO ketika dalam perjalanan untuk ke majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Jasin Kampong Kelubi, Jasin pada jam 4.00 petang.

Cat merah telah dilontar ke bahagian cermin hadapan bas Jelajah Merdeka Rakyat itu sebaik ianya menghampiri Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Melaka di Kampong tersebut.



Mereka bertindak seolah-olah undang-undang ditangan mereka dan anggota keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan siapa sahaja rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik tunduk kepada mereka.

Provokasi yang dilakukan bukan saja disepanjang jalan malah hingga ketengah jalan hingga menganggu lalu lintas, pasti akan berlaku pergaduhan andaikata kebodohan mereka itu menyebabkan mereka dilanggar kenderaan yang lalu lalang.



Yang menjemput rombongan Jelajah Merdeka Rakyat ialah Ahli PKR yang juga merupakan penduduk setempat, jadi siapa mereka untuk menghalau rombongan?


Samseng-samseng sedang berkeliaran di atas jalan tanpa memperdulikan kenderaan yang lalu lalang, apa yang jelas ialah ini berlaku kerana pihak berkuasa takut untuk bertindak terhadap mereka.

OK.. itu tentang provokasi pencacai UMNO Melaka terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan di bawah ini pula adalah dua keping gambar insiden yang sama tapi tak serupa..



Korang nilakanlah dari dua keping gambar di atas itu.. mana satu benar dan mana satu hanya lakonan untuk mendapat simpati rakyat atau mendapat publisiti murahan..

Lagi gambar dan laporan mengenai lawak bodoh Pemuda BN Pulau Pinang itu sila lihat di ( SINI )
Previous Post Next Post