Utusan telah melaporkan kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000).
Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).
Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.
Ini adalah jawapan Tian Chua..
KUALA LUMPUR, 27 Sept ― Selepas diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan berhubung status jet yang digunakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain, naib presiden PKR, Chua Tian Chang hari ini pula tampil mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjelaskan maklumat lengkap status jet tersebut.
Malah, ahli Parlimen Batu itu juga turut menafikan telah mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan Anwar berkenaan jet tersebut sama ada ianya disewa atau ditaja, sebaliknya meletakkan tanggungjawab membuat penjelasan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan.
“Tidak timbul soal percanggahan antara saya dan Anwar, pesawat itu memang disewa.
“Anda pergi semak sendiri... tak perlu tanya saya. Kami juga tunggu dan cabar kerajaan keluarkan semua maklumat-maklumat tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di kawasan lobi Parlimen di sini.
Tian Chua juga menggesa kerajaan untuk menjawab kos sewa jet berkenaan yang digunakan untuk membawa Anwar ke Sabah ketika ditanya dakwaan bahawa adakah benar sewa jet itu bernilai AS$30,000 (RM96,000).
“Dakwaan kos RM96,000 adalah tidak benar... itu satu penipuan, sila semak dan tanya DCA, tanya kementerian pengangkutan.
“Pergi tanya menteri pengangkutan siapa pemiliknya, siapa yang menyewa.
“Semua fakta ada pada mereka,” katanya sambil mengarahkan persoalan siapakah pemilik sebenar jet tersebut perlu diutarakan kepada Anwar.
“Kalau nak tahu siapa yang uruskan, tak boleh tanya saya, kena tanya Anwar.
“Saya tak berminat untuk dedahkannya,” jelas Tian Chua ~ The Malaysian Insider