Menarik nih.. ribut tak ada, hujan pun tak ada tiba-tiba si Zamil menunjukkan sifat prihatinnya terhadap Parti KeAdilan Rakyat Pulau Pinang.
Beliau menasihatkan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman supaya lebih berhati-hati kerana kononnya beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri berkenaan dipercayai berkomplot untuk menjatuhkannya.
Mana dia dapat cerita tu entahlah.. tapi apa yang tersirat dari kenyataannya itu ini hanyalah satu agenda untuk menimbulkan rasa curiga sesama pemimpin PKR Pulau Pinang.
Selain dari itu si Zamil ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa beliau mungkin buta internet bila mempersoalkan bagaimana Guan Eng memperolehi maklumat yang terkandung dalam minit mesyuarat strategik PKR pada Mac lalu..
Ini kerana kebocoran itu telah disiarkan di sebuah laman blog dan perkara itu sememangnya telah disedari oleh TKM1 Pulau Pinang sendiri..sila baca di ( SINI )
Jadi dari mana Guan Eng peroleh maklumat yang terkandung dalam satu pertemuan itu bukanlah suatu misteri.
Jika dikatakan komplot ini wujud sejak dari Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain masih memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang lagi.. dah lama sangat tu... pasal apa TKM1 masih berada disitu dan tak jatuh-jatuh lagi?
Kesian kat si Zamil ni.. entah malaun mana yang tipu dia kali ni..