Dipercayai gara-gara lebih banyak 'dislikes' yang diterima berbanding 'likes', kurang dari sejam sejam sesi hangout #TanyaNajib Budget 2013 tamat, video tersebut yang sepatutnya masih boleh ditonton oleh warga internet telah di'private' kan.
Sila lihat di ( SINI )
Ini berbeza dengan Video sesi hangout Anwar Ibrahim yang dirakamkan pada 17 ogos lepas yang masih boleh ditonton hingga sekarang di ( SINI )
Najib dilihat cuba menandingi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar.
Malangnya apa yang diharapkan olehnya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga maya.
Kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton .
![]() |
MiLo SuaM |
Dan akhirnya bagi mengelakkan lebih banyak 'dislikes' diterima ianya telah di 'private' kan..
Malah program soal jawab tentang Bajet 2013 bersama Najib Razak ini nampaknya sekadar menjadi bahan lawak di Twitter .. sila lihat di ( SINI )
Tentu Najib kecewa.. biarpun telah digunakan rebat RM200 untuk membeli 'Smartphone' dan RM250 melalui BR1M 2.0 sebagai umpan beliau masih gagal memenangi hati golongan muda yang menguasai alam cyber ini...