Korang ingat lagi satu laporan tentang Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang yang telah mengkantoikan propaganda bodoh MIC/UMNO/BN tentang isu pembinaan Dolomite Park Avenue di Batu Caves?
MIC/BN telah kantoi bila Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Zainal Abidin semasa sidang media selepas mesyuarat majlis MPS telah berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis.
Zainal Abidin juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains (JMG) pada ketika zaman pemimpin Barisan Nasional lalu, namun pihak Jabatan Alam Sekitar, dalam laporan awalnya, tidak menyokong pembinaan projek oleh pemaju Dolomits Properties Sdn Bhd.
Laporan lengkap mengenai pendedahan tersebut sil baca di ( SINI )
Setelah menerima malu besar akibat dikantoikan oleh Yang Dipertua Majlis tersebut, UMNO/BN telah menggunakan kuasa mereka melalui JPA untuk membalas dendam terhadapnya..
Portal KL Today melaporkan Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu berkata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin A’ala akan dipindahkan berkuatkuasa Khamis ini.
Liu berkata, beliau belum menerima surat daripada JPA memaklumkan tentang pertukaran tersebut, dan tidak tahu bilakah Zainal Abidin menerima surat pemindahan beliau.
![]() |
KL Today |
Hmmm.. inilah antara sebab kebanyakkan Kakitangan Kerajaan yang berjawatan tinggi tak tahu nak buat kerja.. sebabnya walaupun pandai dalam tugasnya tapi tak pandai bodek malah melawan pula.. TUKAR itulah jawapannya..
Kejam sungguh UMNO/BN nih!!