Meskipun mereka menguasai media elektronik dan kebanyakkan media cetak ianya seolah-olah masih tidak cukup bagi UMNO dan Pencacainya untuk menyerang dan memburuk-burukkan Nurul Izzah.
Dengan menggunakan risalah yang bertajuk ‘Penerangan Isu Hangat: Dakwaan bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai sokong Melayu dibenarkan murtad”.. sekali lagi UMNO cuba memperbodohkan Melayu yang berugama Islam.
Kali ini dengan berselindung disebalik nama sebuah NGO atau pertubuhan iaitu Jemaah Professional islami yang entah dari mana datangnya risalah diedarkan di Masjid pula.
Risalah lapan muka surat ini telah ditemui di tangga sebuah Masjid di Pantai Dalam dan dipercayai ianya juga telah diedarkan ke beberapa buah Masjid di sekitar Pantai Dalam.
Namun begitu ianya dilihat gagal untuk menarik minat ummat Islam yang menunaikan Solat Jumaat, kerana dilihat masih bertimbun seolah-olah tidak disentuh oleh jemaah.
Yang mengambilnya pula dilihat membelek-belek kemudiannya menyerahkan pula kepada parit di sekitar Masjid..
Sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas...
Terima kasih buat sahabat yang sudi mengirimkan info pasal ni...