Takut Scandal Scorpene didedah di Parlimen, Najib arah tutup ruang media di lobi Parlimen?


Tindakan Speaker Dewan Rakyat mengeluar arahan supaya ruang sidang media di lobi Parlimen hanya eksklusif untuk ahli parlimen bertujuan peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham membuat pendedahan, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Kedua-dua peguam itu dijadual tiba ke Malaysia 22 November ini atas jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen berhubung perjalanan perbicaraan kes rasuh kapal selam Scorpene di mahkamah Perancis.

“Memang itu tujuan mereka. Untuk halang maklumat dan pendedahan dari disampaikan kepada rakyat melalui media,” kata Tian Chua kepada Keadilan Daily hari ini.

“Selain itu, BN juga berdendam dengan pendedahan yang dibuat Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkenaan NFC dan rasuah pemimpin Umno-BN.

Perkara ini didedahkan pada sidang media di Parlimen, selain banyak isu lain. Arahan ini sangat bertentangan dengan semangat kebebasan media,” katanya.

Pagi ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mengisytihar ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, khas dan eksklusif untuk ahli parlimen sahaja, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani mana-mana ahli parlimen.

Ia dipercayai ada kaitan dengan petisyen yang dihantar wartawan sebuah portal berita pro-Umno BN, Agenda Daily menerusi wakilnya, Roslan Bian bagi menuntut pentadbiran Dewan Rakyat melarang pihak selain ahli parlimen untuk membuat sidang media.

Petisyen turut diedar kepada media lain untuk sokongan. Wartawan dan jurugambar Suara Keadilan bagaimanapun menolak untuk menandatangani petisyen berkenaan.


http://www.keadilandaily.com/?p=39151
Previous Post Next Post