Malam tadi, berita tentang pergaduhan antara dua kumpulan yang membabitkan remaja Melayu dan India telah berlegar dalam banyak blog-blog pro UMNO dan PR.
Dari apa yang aku lihat erita berkenaan sememangnya menyemarakkan sentimen perkauman jika dibiarkan tanpa penjelasan pihak yang berwajib.
Bagi aku sebelum aku siarkan dalam Blog ini, lebih baik aku dapatkan kepastian dari beberapa orang sahabat aku yang tinggal di Sungai Petani sendiri.. pasal aku nampak lain macam saja cerita tu..
Tambahan pula paling awal menyiarkan cerita ini ialah blog pro UMNO..
Sebelum korang baca apa jawapan dari dua orang sahabat aku di Sungai Petani tu, baca dulu apa yang kebanyakkan blog siarkan semalam..
"Info Paling Terkini: Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan dicampak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Taman Ria apabila motosikal dibakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Taman Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg. Lalang, Sg. Petani Kedah... mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi Geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif.
"Sekarang, di Sg Petani, Kedah, sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock... ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid, bakar masjid & Surau serta mangsa dari orang Islam yang dicampak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ... perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU...
"Harap semua pejuang-pejuang -- 30 dalam mood 'Standby' kerana apa2 sahaja boleh berlaku... buat masa sekarang, biarkan pihak polis & FRU jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang... kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & membahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain... yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu, mood standby & jangan bertindak terlalu membabi buta... tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga, BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku... umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi... ~ (Sumber Maklumat: Ayahanda-Ayahanda Sg)
Ini jawapan seorang sahabat yang tinggal di Sungai Petani apabila ditanya tentang apa yang berlaku semalam..
"Hang pun percaya?.. mana ada apapun.. aku ada dalam Pekan Sungai Petani tu semalam, aku p makan..tok sah dok percaya la propaganda Barisan Nasional tu.."
"Kalau ada kes sampai berparang bertetak tu.. takkan Polis nak biar.. lagipun.. kalau jadi rusuhan tak payah lah nak ada pilihanraya.. selamat sikit depa tu..."
Jawapan lagi sorang pulak..
"Memang ada gaduh.. tapi bukanlah macam yang orang dok cerita tu, gaduh pasai curi motor.. biasalah la ni bila gaduh.. kalau bukan Melayu dengan Melayu, Melayu gaduh dengan Cina, kalau bukan dengan Cina.. Melayu gaduh dengan India.. kalau bukan Melayu dengan India.. India gaduh dengan India"
"Dah dalam negara kita ni ada berbilang kaum takkan nak gaduh dengan orang Hawaii kot?"
"Yang depa kata merebak tu... apa yang merebak aku tak tau la.. pasai aman saja pagi ni... Hang tok sah percayala propaganda puak-puak tu...."
Ceh Propaganda Barisan Nasional rupanya....
Dan ini adalah kenyataan dari PDRM tentang isu pergaduhan di Sg Petani..
Semalam berlaku kekecohan di laman sosial Facebook dan juga blog yang mengatakan berlaku pergaduhan diantara kaum India dan juga Melayu di Sungai Petani Kedah.
Berikutan dengan kekalutan yang ditimbulkan, Timbalan Ketua Polis Kedah iaitu YDH SAC Dato Abdul Ghaffar bin Rajab telah mengadakan satu sidang akhbar di IPD Kuala Muda bagi menjelaskan perkara sebenar.
Menurut beliau, memang ada pergaduhan antara beberapa pemuda melayu dan pemuda india yang berlaku dikawasan berkenaan pada awal pagi 16/12/2012 yang lalu.
Namun keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah kuala muda adalah selamat dan terkawal serta kesemua yang terbabit di dalam kes tersebut telah ditangkap (seramai 13 orang terdiri dari melayu dan india ).
5 orang diberitakan telah cedera didalam pergaduhan berkenaan dan mangsa yang cedera juga telah dirawat dan hanya tinggal seorang sahaja yang masih mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim.
Menurut Datuk Abdul Ghaffar, ekoran insiden tersebut, pihak PDRM telah mengambil tindakan awal dengan menempatkan kawalan keselamatan seperti FRU, LSF, MPV, JSJ, Narkotik, SB serta melakukan sekatan jalan di semua lokasi di dalam daerah Kuala Muda bagi menjamin keselamatan orang awam khususnya.
Ini gambar semasa sessi taklimat..