Manchester City merupakan kelab Liga Primer Inggeris pertama yang menyediakan surau untuk pemain yang berugama Islam.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Prayermagazine.net sebelum ini, surau tersebut berada di dalam Stadium Etihad dan biasanya dimanfaatkan para pemain sebelum pertandingan bermula.
Dan di Newcastle pula pada 7 Mei lalu jurulatih Newcastle United Alan Pardew mengemukan tentang rancangan kelab membina surau di dalam kompleks Sports Direct Arena.
"Kita telah memikirkan membina sebuah bilik khas untuk berdoa bagi semua agama di St James 'Park (nama lama Sports Direct Arena) yang boleh digunakan semasa hari pertandingan," kata Pardew berkenaan pendapatnya yang disiarkan oleh Daily Mail.
Tetapi di Malaysia pula...
Selepas 49 tahun berdiri sebagai rumah ibadat di tapak bangunan bersejarah Penjara Pudu, Surau An-Nur Penjara Pudu (Surau Jumaat) kini turut menerima nasib sama apabila bakal dirobohkan bagi tujuan pembangunan komersil.
Mengikut surat yang diwartakan pemaju, UDA Holdings Property Development (UDA) bakal melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut pada 10 Januari depan.
Difahamkan, tapak itu akan dibangunkan sebagai tapak pusat beli-belah terkemuka serta kawasan perumahan mewah.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Surau An Nur Penjara Pudu Zakaria Omar berkata, pihaknya kecewa kerana pemaju tidak pernah mengadakan rundingan dengan kariah surau.
Malah, tiada sebarang tapak atau surau alternatif ditawarkan UDA bagi menggantikan surau lama itu.
“Kami mahu surau ini dikekalkan sebagai rumah ibadat…sepatutnya surau ini diperbesarkan menjadi 2 tingkat kerana pertambahan penduduk semakin pesat di kawasan sekitar,” katanya ~ Free Malaysia Today
Apa cerita ni?? di negara bukan Islam, Surau dibina untuk orang Islam menunaikan ibadat.. tapi di negara Islam ini pula Surau yang digunakan untuk beribadat dirobohkan pula...
Puak mana agaknya yang menguasai UDA itu?? he..he..he..