UMNO fitnah PAS lagi!! kali ini kaitkan PAS dengan tragedi Al-Ma'unah


Umum mengetahui sepanjang perbicaraan kes Al-Ma'unah sehingga membawa hukuman mati keatas ketuanya Mohamed Amin , langsung tidak ada keterangan mahupun bukti yang mengaitkan kumpulan beliau dengan PAS.

Namun begitu perhatikan gambar mural yang di lukis di PWTC di atas, jelas kelihatan lambang PAS pada jarum suntikan menggambarkan seolah-olah PAS adalah parti penghasut mengenai isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan demo bantah AUKU.

Perhatikan pula gambar di bawah.. kelihatan seorang lelaki berserban wajah iras TG Haji Hadi sedang memegang kain rentang tertera perkataan 'PERISTIWA SAUK DAN SANDIWARA UMNO", dan disebelahnya seorang lelaki seakan-akan TG Nik Aziz.


Apa yang jelas ialah lukisan mural di PWTC yang dikatakan sebagai dikuasai oleh UMNO ini bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan dalam masa yang sama memburukkan PAS..

Inilah sifat sebenar UMNO.. ketika ada antara mereka berusaha memujuk PAS untuk bersatu atas nama perpaduan.. dalam masa yang sama juga mereka mengutuk dan memfitnah PAS dan kepimpinannya melalui lukisan mural di PWTC..

Itupun ada pencacai UMNO yang berbangga dengan doa mereka pada PAU yang lalu kononnya mereka berdoa untuk kebaikkkan semua termasuk PAS..

Tapi itu doa mereka... perangai mereka?? macam haram jadah!!!

Sedikit kronologi kes Al-Ma'unah...

Dalam kejadian pada 2 Julai 2000, sekumpulan 15 lelaki daripada kumpulan Al-Ma'unah melarikan pelbagai jenis senjata dari dua kem tentera di Grik, Perak, sebelum menyertai 13 orang lagi anggota kumpulan itu bersembunyi di Bukit Jenalek, Sauk.

Mohamed Amin telah menembak mati R. Sagadevan dan Mathew anak Medan, dua anggota pasukan keselamatan daripada empat tebusan kumpulan itu.

Pada 21 Okt 2002, Mohamed Amin yang dijatuhkan hukuman mati kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong merayu supaya hukuman itu dikurangkan kepada penjara seumur hidup.

Zahit Muslim dan Jamaluddin Darus, dua lagi pemimpin Al-Ma'unah yang juga dihukum mati kerana peranan mereka dalam insiden Sauk itu.

Seramai 16 lagi anggota kumpulan itu yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahan sama.

Mereka dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati ataupun penjara sepanjang hayat.

Pada 7 Dis 2000, enam anggota Al-Ma'unah masing-masing dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan alternatif membuat persediaan dengan niat untuk melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka adalah antara 14 daripada 29 anggota Al-Ma'unah yang ditawarkan pertuduhan alternatif oleh pihak pendakwa raya.

Tujuh mengaku bersalah tetapi kemudian menarik balik pengakuan bersalah masing-masing ~ Bernama
Kalau ada pemimpin PAS yang terbaca artikel ni.. kalau nak saman tu biar sampai PWTC berpindah milik.. jangan saman sikit-sikit..biarkan UMNO merempat tidak tahu di mana tempat mengadakan Perhimpunan Agung pada masa akan datang.

Sumber info : Omak kau!!
Previous Post Next Post