Ketika Najib ke Sabah pada tahun lepas dengan bangganya beliau mengutuk Kelantan sebagai negeri paling miskin mungkin semalam beliau cukup malu dengan kata-katanya tersebut.
Dalam lawatan kerjanya ke Kelantan beliau telah disindir secara halus oleh seorang wanita yang merupakan peniaga di Pasar Siti Khadijah.
Ketika Najib mengunjungi gerainya dengan selamba peniaga wanita tersebut mengeluarkan samsung Tab walaupun menjual kerepok lekor, nisey kerek, asam gelugor, siap dengan memakai barangan kemas lagi.
Tindakan tersebut secara tidak langsung membuktikan dakwaan Najib tentang Kelantan telah meleset.. kurang pasti pulak samada Najib terasa atau tidak dengan tindakan peniaga itu..
Itulah PM, sibuk kutuk rakyat Kelantan miskin tetapi terlupa rakyat dari negeri lain lagi perlukan perhatian.Miskin kami rakyat Kelantan adalah miskin pembangunan fizikal.
Kami seluruh rakyat Kelantan berbangga dengan kerja sendiri dan memiliki perniagaan sendiri kerana kami berpegang kepada ajaran islam 9/10 itu rezeki datang dari perniagaan.
Kami memilih untuk susah dahulu untuk mengejar 9/10 itu kerana kamu dan konco-konco kamu yang anti-Kelantan yang sibuk mengejar 1/10.
Hasilnya, kamu boleh buat kesimpulan sendiri.Selamat datang ke Kelantan.~ Addin
Selain itu kehadiran Najib ke Kelantan juga di sambut dengan Billboard raksaksa yang menyakitkan hatinya.. sila lihat Billboard tersebut di ( SINI )