Ini adalah salah satu siri dari entah berapa episode yang kita akan saksikan dalam drama yang bertajuk 'Pertahan Kalimah Allah'.. drama ini diyakini akan diputarkan sehingga Pilihanraya umum tiba..
Dalam drama yang dilakonkan di Negeri Sembilan ini lapan pemuda yang mendakwa diri mereka adalah ahli PAS mendesak agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat..
Berikut adalah laporan dari Free Malaysia Today..
SEREMBAN: Sekumpulan lapan pemuda yang mendakwa diri mereka ahli PAS mengadakan bantahan mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Bantahan tersebut diadakan di sebuah tempat letak kereta berhampiran dengan Bangunan Majlis Perbandaran Seremban, petang semalam.
Jurucakap kumpulan tersebut Mohd Abi Naufal Mohd Sohaimi yang mengaku ahli PAS cawangan Rasah dan Bahagian Seremban menyarankan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
“Kami kecewa dengan DAP; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Kalimah Allah kerana masih berdegil dan enggan menerima keputusan Majlis Syura PAS.
“Kami petugas PAS Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) ingin penjelasan daripada Majlis Syura, apa hukum kini (2013) jika kami membantu DAP dan PKR dalam Pilihan raya Umum ke-13? Apakah kami kufur?
“Kami berasa serba salah dan keliru dengan Pakatan Rakyat yang tidak sepakat dalam isu ini. Kami tidak akan membantu DAP serta PKR dalam Pilihan Raya Umum nanti sebab jika mereka menang, Islam diperlekehkan.
“PAS wajar mengetuai (Pakatan Rakyat), bukan Anwar atau pun DAP dalam Pakatan Rakyat,” kata Mohd Abi Naufal.
Mohd Abi Naufal yang juga mengaku beliau mewakili ahli dan petugas PAS Negeri Sembilan mempertikaikan tindakan DAP dan PKR yang tidak hormat isu Kalimah Allah.
“Mereka (DAP dan PKR) tidak hormat isu Kalimah Allah. Keputusan Majlis Syura mereka tak hormat. Bagaimana mereka hendak menyelesaikan isu-isu lain?
“PKR dan DAP tidak layak mengetuai Pakatan Rakyat jika mereka memerintah. Boleh dikatakan DAP dan PKR seperti memperkudakan PAS untuk kepentingan. Kita lihat Anwar Ibrahim, isu Kalimah Allah dia diam.
“Kita lihat Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, mereka bermati-matian untuk gunakan Kalimah Allah. Kenapa? Adakah sekadar untuk menunjukkan di luar sana mereka wira?
“Saya beri amaran kepada mereka, jangan sekali-kali gunakan Kalimah Allah kerana Kalimah Allah itu suci dan tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun.
“DAP dan PKR tidak mampu membuat perubahan di dalam Malaysia ini. Malah mereka adalah pencetus utama mengapa perpecahan berlaku di dalam negara kita yang tercinta ini.
“Kami petugas PAS di Negeri Sembilan ini sebulat suara menolak DAP dan PKR menjadi ketua bagi Pakatan Rakyat. Saya juga menyeru kepada penyokong PAS yang lain supaya bersama-sama tidak memberi sokongan kepada dua parti yang sering membawa masalah kepada Pakatan Rakyat.
“Saya juga berharap agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan kami mendesak Majlis Syura Ulama PAS menarik balik pendirian PAS di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjaga kepentingan orang Islam khususnya,” katanya.
Walaubagaimanapun tindakan tujuh pemuda yang memegang kain pemidang dengan pelbagai slogan yang menghentam PKR dan DAP di belakang Mohd Abi Naufal, yang tidak mahu wajah mereka dirakam menimbulkan tanda tanya wartawan-wartawan yang hadir. Sebaliknya mereka menutup muka mereka dengan kain pemidang tersebut ~ Free Malaysia Today..
Hmmm.. kurang pasti pula aku samada mereka ini buta IT atau buta perut.. sebabnya yang membenarkan bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah itu ialah Nazri Aziz, Menteri dari UMNO sendiri..
Jadi sepatutnya kalau mereka nak mengadakan demonstrasi mempertahankan Kalimah Allah itu, sepatutnya Nazri Aziz yang dikecam kerana membenarkan bukan Islam menggunakan Kalimah Allah itu.. tengok ni..
Bagaimanapun... mereka dah kantoi menipu bilamana Timbalan Yang DiPertua PAS Seremban, Ghazali Mohd Som berkatamereka itu bukanlah ahli PAS, macai-macai UMNO itu telah menipu dan satu laporan Polis telah dibuat..
“Terpaksa buat dengan lapan orang sahaja dengan menutup muka. Mata pun tak nampak. Mereka terdesak. Satu cara yang biadap dan murah untuk dapatkan sokongan pengundi.
“Dia (Mohd Abi Naufal) mengaku ahli cawangan PAS Rasah. Sebenarnya cawangan PAS Rasah tidak wujud sama sekali. Yang wujud ialah PAS Kawasan Rasah.
“Mohd Abi Naufal juga mengaku dia ahli PAS bahagian Seremban. Di dalam PAS tidak ada PAS bahagian Seremban. Yang ada ialah PAS kawasan Seremban. Dalam PAS tidak ada ‘Bahagian’.
“Ini satu-satunya kenyataan yang paling terang mengambarkan orang ini tidak tahu buat ‘kerja’ tapi dipaksa buat ‘kerja’ macam itu.
Sila baca sepenuhnya di ( SINI )