Kata peguam Latheefa Koya yang mewakili Tian Chua "Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah.
"Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa. Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan?"
Mahkamah kecoh, polis cuba tahan Tian Chua sebelum didakwa
KUALA LUMPUR 14 MAC: Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila polis tiba-tiba menyerbu untuk menahan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua walaupun belum dicaj apa-apa tuduhan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian baru selesai bersarapan bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.
Beliau tiba-tiba didatangi beberapa polis untuk menahannya di lokap mahkamah. Polis berkenaan dari pasukan siasatan Johor Baharu yang menyiasat keterangan berhubung kes kenyataan Tian yang diputar belit media kawalan Umno, baru-baru ini.
“Kami membantah tindakan polis itu, untuk apa polis mahu tahan Tian? Ini adalah cubaan untuk memalukannya,” tegas peguam, Latheefa Koya.
Tian dijadualkan menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 pada jam 9 pagi ini.
Bagaimanapun, sehingga kini mahkamah belum memaklumkan kepada peguam sebarang maklumat berkaitan prosiding.
“Tanya pada polis, ada tak mana-mana pemimpin Umno yang ada kes jenayah lebih besar ditahan atau digari apabila mereka ke mahkamah? Tindakan itu membuktikan dakwaan ke atas Tian bersifat politik,” kata Latheefa.
Para penyokong yang hadir turut tidak puas hati terhadap tindakan polis itu ~ Keadilandaily
Sementara itu Keadilan daily juga melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa turut mempersoalkan tindakan pihak Polis itu.
Cubaan polis menahan Tian Chua sewaktu berada di mahkamah merupakan tindakan provokasi bertujuan memberi tekanan lebih besar terhadap Naib Presiden KEADILAN itu.
Katanya, ini kerana Ahli Parlimen Batu itu dijadikan kambing hitam untuk menutup kelemahan kerajaan BN berhubung pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
“Penahanan Tian Chua tidak munasabah kerana beliau berada di mahkamah dan bersedia untuk didakwa.
“Penahanan sebelum pendakwaan bertujuan untuk memastikan tertuduh hadir ke mahkamah. Dalam kes ini, tindakan polis itu bercanggah dan tiada keperluan,” kata Fariz ketika dihubungi.