Semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan laporan hasil kerja Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang genap 3 tahun perlaksanaannya semalam yakni pada 19 March 2013.
Dalam pembentangan tersebut, Najib mengumumkan bahawa tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah GTP menghasilkan pencapaian dan kejayaan yang mengkagumkan.
Namun begitu walaupun mengumumkan program tersebut telah mencapai kejayaan beliau memerlukan masa tambahan untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu..
Oleh itu beliau menangguhkan penetapan tarikh pembubaran Parlimen walaupun telah sudah tamat penggal 5 tahun Parlimen..
Adakah benar apa yang diumumkan oleh Najib itu bawaha Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan mencapai kejayaan?
Jika benar sudah mencapai kejayaan yang mengkagumkan kenapa pula beliau memerlukan masa tambahan??
Sebenarnya apa yang Najib bentangkan itu hanyalah auta semata-mata, cukup sekadar untuk membuatkan macai-macai UMNO yang kurang cerdik gembira sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya..
Ini adalah apa yang dibentangkan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) yang merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal serta memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik..
Walaupun panjang berjela.. berbaloi meluangkan masa membacanya.. bacalah supaya tak menjadi mangsa pembodohan oleh Najib!!
GTP: Pertunjukan Mempesonakan, Isi Kandungan Berongga
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasai tekanannya apabila kadar sokongan terhadap beliau menunjukkan penurunan. Keadaan tidak menyebelahinya apabila beberapa kajian turut meramalkan Najib akan gagal dalam penawanan semula kerusi dua pertiga majoriti dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) akan datang ini. Keadaan ini bakal mengakibatkan Najib menjejaki langkah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa mengangkat bendera putih dan berundur selepas PRU ke-12 yang lalu.
Dalam usaha saat-saat terakhir menarik sokongan rakyat, Najib menangguhkan penetapan tarikh pembubaran Parlimen walaupun telah sudah tamat penggal 5 tahun Parlimen. Menurut Najib, beliau memerlukan masa tambahan untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP), malah menyeru rakyat untuk memberikan peluang kepada beliau untuk meneruskan pentadbirannya.
Najib membentangkan Laporan Pengumuman laporan hasil kerja ETP dan GTP yang dilaksanakan selama 3 tahun semalam yakni pada 19 March 2013. Dalam pembentangan tersebut, Najib mengumumkan bahwa kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah GTP menghasilkan pencapaian dan kejayaan yang kagum. Contoh kejayaan menurut GTP beliau termasuklah; penurunan kadar Jenayah, peningkatan dalam purata pendapatan isi rumah, kadar inflasi terendah di rantau dan lain-lain. Najib juga mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan disalurkan setiap tahun. Namun, ianya juga didapati bahawa beberapa isu penting tidak mendapat perhatian, terutamanya kadar hutang dan defisit negara.
Selaku Menteri Kewangan, Najib tidak kelihatan berprihatin langsung terhadap hutang negara yang kini telahpun mencecah RM502,359juta, di mana mencakupi sebanyak 53.3 peratus daripada jumlah Pendapatan Negara Kasar (PNK). Sedangkan beliau beria-ria dengan pencapaian program-program transformasi yang diperkenalkan dan giat digerakkan olehnya, Najib tidak mengkaji dengan teliti keadaan kewangan negara yang kian membimbangkan, ataupun sengaja ditepikan demi mempertahankan air mukanya sebagai pemimpin tertinggi dalam negara, lebih-lebih lagi, demi mempertahankan tampuk pimpinannya.
Selain itu, Najib turut berniat menyembunyikan perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah selepas beliau mengambil alih Putrajaya dan melaksanakan program transformasi yang kononnya seumpama “kenderaan yang membawa negara kita menuju ke destinasi negara yang berpendapatan tinggi”. Pencapaian yang diraikan sememangnya dihiasi dengan peruntukan dan perbelanjaan yang tinggi-tinggi belaka. Contohnya, jumlah perbelanjaan kerajaan Najib bagi tahun 2013 mencapai sejumlah RM251.6 bilion, dan ini sekali lagi mencatatkan jumlah perbelanjaan tertinggi! Walaupun negara terpaksa berhadapan dengan deficit yang meruncing akibat ketidaktelusan dan ketirisan yang serius dalam pentadbiran, Najib tidak menunjukkan dedikasi dan usaha untuk menjimatkan kos dan menolak perbelanjaan yang ghairah. Kekayaan negara dan kebajikan rakyat terpaksa digadai, sekadar-kadarnya demi memenuhi keangkuhan seseorang pemimpin.
Taktik Menarik Sokongan
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), sebuah badan pemikir dan penyelidikan berpendapat pengumuman kejayaan GTP dibuat berasaskan perasaan positif palsu yang diberikan untuk membuktikan Najib berjaya menakluki gunung kejayaan sosio-ekonomi di bawah pentadbiran beliau.
Dalam pembentangan Najib, beliau telah beberapa kali menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang menepati janji sambil mengkritik Pakatan Rakyat (PAKATAN) sebagai pihak yang tiada kemampuan untuk menunaikan janji-janjinya. Najib turut mengancam negara akan menjadi teruk jika berlakunya pertukaran kerajaan. Adakah kita mahukan seorang pemimpin yang menggugut keselamatan jika kita tidak mengekalkan kuasa beliau?
Menurut beberapa kajian antarabangsa dan badan bukan kerajaan, di mana berada kejayaan yang didokong, pastinya terdapat kegagalan yang disembunyikan dan dalam isu ini, terdapat beberapa kegagalan 7 NKRA di bawah GTP. Terutamanya masalah penurunan kadar jenayah yang berbeza dengan persepsi rakyat terhadap jenayah yang tidak didapati dalam laporan yang baru-baru ini. Adakah inisiatif mengurangkan Perasaan Takut terhadap aktiviti Jenayah (Crime – Reduce Fear of Crime) yang telah diperuntukkan sebanyak RM170 juta pada tahun 2012 telah membawa kesan positif kepada rakyat Malaysia? Ianya terbuka untuk perdebatan.
Walaupun kerajaan menegaskan kadar jenayah di negara ini telah menurun, akan tetapi, Kumpulan pemerhati jenayah, Mywatch mendedahkan PDRM hanya menggunakan kategori jenayah indeks bagi mengira kadar jenayah tetapi tidak mengambil kira jenayah bukan indeks dalam NKRA walaupun pentadbiran Najib telah menjelaskan perbezaan antara persepsi rakyat terhadap jenayah dengan angka Pemandu merupakan suatu perkara yang amat penting kepada rakyat.
Oleh demikian, ianya didapati bahawa pengumuman GTP hanya fokus kepada pencapaian dan kejayaan yang mislead merupakan satu taktik Najib bagi menarik balik sokongan rakyat demi mengekalkan kuasa pentadbiran negara beliau.
Berdebat dengan Anwar, Jangan Berlakon Seorang Diri
KPRU mendapati sebagai seorang Perdana Menteri, Najib merupakan seorang pemimpin negara yang menggemari berada di atas pentas, walaupun sehingga masa kini masih tidak membalas jemputan daripada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai dasar ekonomi negara ini di hadapan seluruh rakyat. KPRU menggesa Najib memberi peluang kepada rakyat untuk menilai tawaran manifesto PAKATAN dan membuat perbandingan dengan dasar GTP melalui perdebatan antara beliau dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan perdebatan tersebut disiarkan secara langsung melalui RTM tanpa penapisan.
KPRU menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi, adalah wajar untuk memberikan peluang kepada calon pemimpin negara untuk menyampaikan dasar-dasar kepada rakyat. Manakala, rakyat harus diberikan peluang untuk membuat pilihan yang paling tepat semasa PRU tanpa ugutan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, KPRU menuntut perdebatan antara Najib dan Anwar diadakan sebelum PRU-13, dan bukannya terukan persembahan solo beliau dengan berada di pentas berlakon dengan dirinya.
Berdirinya di atas pentas dengan begitu besar hati, Najib kelihatan begitu teruja dengan tepukan apabila menyindir manisfesto yang dilancarkan oleh PAKATAN bertema PAKATAN Harapan Rakyat. Namun, beliau masih tidak kelihatan bersedia untuk menyahut undangan Anwar Ibrahim yang telah berkali-kali mengajak Perdana Menteri untuk berbahas. Sekiranya Najib begitu berkeyakinan dengan keberkesanan dan kejayaan program transformasi serta dasar-dasar lain yang dilaksanakan kerajaan BN, mengapakah beliau tidak sanggup berbahas dengan Anwar Ibrahim untuk sekali gus menyerlah kemampuannya yang tidak dapat dipersoalkan?
Jadual 1: Kejayaanan dan Kegagalan 7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) GTP
Laporan ini diterima melalui e-mail dari KPRU