Lahad Datu: 'Datuk Seri' ditahan di bawah Sosma


Cuba bayangkan jika lelaki yang bersama 'Datuk Seri' dalam gambar di atas itu adalah Anwar Ibrahim ataupun mana-mana pemimpin dari Pakatan Rakyat.. mesti riuh rendah Blog-blog Pro UMNO memainkan isu ini..

Lebih-lebih lagi bila Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Tapi oleh kerana lelaki yang bersama 'Datuk Seri' ini ialah anak kepada Mahathir.. maka sunyi sepilah mereka...

Polis: Muhammad Ridhwan ditahan di bawah Sosma

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya.

"Kami tahan dia di bawah Sosma dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor," katanya kepada Bernama di sini.

Muhammad Ridhwan, yang berbaju Melayu merah dan berserban hitam, dilihat hadir bersama kenalan dan peguamnya di balai polis itu pada 11.05 pagi untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Lelaki berusia awal 50-an itu menyerah diri selepas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam menamakannya sebagai orang yang dicari untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan Operasi Daulat.

Hamza berkata, Muhammad Ridhwan yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, diminta menyerahkan diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Dengan penahanan itu, jumlah mereka yang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah, kini ialah 122 orang.- Bernama

Previous Post Next Post