Propaganda menakutkan sambil memperbodohkan Melayu disebar!!



'Race, Religion and Royal' atau dalam Bahasa Malaysia nya 'Bangsa, Agama dan Raja' adalah antara strategi yang pasti akan digunapakai oleh UMNO dalam setiap Pilihanraya..

Ianya sering digunakan untuk menakut-nakutkan Bangsa Melayu kononnya Islam dan Melayu serta Raja bakal terancam jika UMNO/BN tewas pada pilihanraya..

Ini kerana menurut propaganda mereka ketiga-tiga perkara itu bakal terancam kerana pimpinan Pembangkang sanggup bersekongkol dengan bangsa bukan Melayu untuk berkuasa, sedangkan perkara ini telahdilakukan oleh mereka sendiri selama ini.

Mereka telah bersekongkol dengan bukan Melayu dari MCA, MIC, PPP, dan entah apa lagi parti yang kesemua ahlinya terdiri dari bukan Melayu dan Islam selama ini tetapi mereka masih cuba memperbodohkan Bangsa Melayu..

Mereka sering mencanangkan kononnya mereka adalah pejuang Bangsa dan Agama Islam yang sebenarnya di bumi Malaysia ini..

Hakikatnya jika benar apa yang mereka sering canangkan itu.. mengapa Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS yang seluruh pimpinannya beragama Islam dan majority pemimpinnya berbangsa Melayu, cuba dirampas oleh UMNO/BN?

Jika benar Bangsa Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO.. setelah lebih 55 tahun Merdeka dimana kedudukan ekonomi Bangsa Melayu?

Berjayakah kita sedangkan dalam masa yang sama Majoriti Bangsa Melayu masih hidup di bawah paras kemiskinan hingga memaksa Kerajaan yang sedia ada memberikan bantuan kewangan?

Berjayakah kita yang berbangsa Melayu ini jika 55 tahun ditadbir UMNO/BN kita merempat ditanah air sendiri akibat tanah yang dipijak menjadi milik orang hasil kerja pemimpin-pemimpin UMNO yang membeli tanah milik Melayu dan menjualnya kepada pemaju bukan Melayu? 

Bukan Agama dan Bangsa yang diperjuangkan oleh mereka sebenarnya tetapi pangkat dan kuasa untuk membolehkan mereka membina harta…

Sudah-sudahlah memperbodohkan Bangsa Melayu.. 

Ini adalah propaganda menakut-nakutkan sambil memperbodohkan bangsa Melayu yang aku terima melalui e-mail.

Kononnya menurut penulis yang memperkenalkan dirinya sebagai Tan Sri Mohd Zaman Khan Pilihanraya Umum yang ke 13 ini merupakan satu ancaman yang sangat hebat buat masa depan Islam dan Bangsa Melayu.

“Saya hanya mampu mengedar secara pos rayuan persendirian saya ini kepada kenalan yang terhad, tolong apalah kiranya diedarkan kepada kaum kita SEISLAM dan SEBANGSA memalui e-mail ataupun dibuat salinan” tulis Zaman Khan.

Oleh itu tulisnya lagi “Marilah kita mengembeling tenaga berusaha menentukan BN akan berjaya dan memberi peluang kepada kita membetulkan apa yang tidak baik, saya merayu apalah kiranya saudara forward atau buat salainan rayuan saya ini kepada semua Melayu semoga mereka sedar betapa bahayanya dan apa akibatnya sekira BN runtuh. Memang banyak kelemahan. Kita akan perbetulkan apabila BN balik berkuasa. Rakyat, khususnya muda mudi, telah berkesedaran bahawa kumpulan mereka bolih menukar masa depan. Edar juga kpd pihak parti pembangkang Melayu.

Muka pertama propaganda

Muka akhir propaganda

Seluruh propaganda setebal 35 mukasurat tersebut sila lihat di ( SINI )
Previous Post Next Post