Bapa Saiful Keluar PKR dan kata Kes Liwat anaknya adalah benar pulakdah...


11 Mac 2013 yang lalu Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim secara rasmi menyerahkan borang menyertai PKR, serta mempertahankan kenyataannya “konspirasi politik jahat” melibatkan anaknya dalam kes liwat kedua.

Dalam satu sidang media pada hari itu, Azlan Mohd Lazim, 60, menyatakan keputusan yang dibuatnya tidak didorong oleh mana-mana pihak sebaliknya menegaskan sekali lagi anaknya terperangkap dalam rancangan oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

“Hari ini, secara rasminya saya menyerahkan borang untuk menyertai PKR,” kata Azlan yang mengaku telah menyokong perjuangan Anwar sejak tahun 1998.

“Saya sebagai rakyat Malaysia, berhak membuat keputusan sendiri... Ini masa yang tepat untuk saya sertai PKR bagi membuat perubahan.”

Azlan juga berharap anaknya Saiful supaya menghormati keputusan yang dibuatnya hari ini dan menegaskan segala yang terjadi tidak akan menjejaskan hubungan mereka sekeluarga.

“Saya ingin minta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku ini,” ujar beliau.

Bagaimanapun dalam masa yang kurang dari dua bulan, pendiriannya sekali lagi berubah Bapa kepada Saiful Bukhari hari ini membuat keputusan mengejut apabila menarik balik permohonan maafnya yang dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu, mendakwa beliau telah dipengaruhi pihak tertentu untuk bertindak sedemikian.

Pada 8 Mac lalu, Azlan Mohd Lazim dalam satu sidang media tertutup telah meminta maaf kepada Anwar dan sekeluarga, mengakui kes liwat melibatkan anaknya adalah satu konspirasi politik.

“Saya hari ini ingin menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ingin menegaskan kes liwat anak saya adalah benar. “Ia bukan satu konspirasi politik,” kata Azlan dalam satu sidang media di Ibis Styles Hotel disini.

Katanya dalam sidang media itu.. "Secara rasmi ingin keluar jadi ahli PKR serta merta dan tak mahu jadi ahli mana mana parti. Mohon maaf kepada anak Saiful Bahri. Sedar saya khianati anak sendiri. Sebagai bapa tak boleh khianati anak dan langgar sumpah. Saya hanya takut kepada Tuhan bukan manusia. Saya sedar sendiri dan telah lakukan kesilapan besar khianati anak sendiri."

"Sebagai manusia biasa, saya terpengaruh dengan beberapa pihak. Buat keputusan sebegitu rupa pada 8 Mac. Tidak tiimbul soal ganjaran. Tak terlajak. Hubungan baik dengan anak. Tak bawa Saiful hari ini. Terpulang kepada Saiful untuk buat sidang akhbar lain. Saiful tahu saya buat sidang akhbar hari ini."

"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orabg sekeliling."

"Kenyataan saya adalah atas keinsafan diri saya. Saya lega dan tidak terkongkong dengan mana mana pihak"  tambahnya.

Menurutnya lagi "Terserah pada Allah tidak fikir soal keselamatan diri dan tak perlu buat laporan polis untuk perlindungan. Saya tidak emosional. Bertindak cara rasional".

Mengakhiri sidang medianya hari ini Azlan mengaskan apa yang dilakukannya hari ini adalah atas kehendaknya sendiri tanpa sebarang desakan dan tekanan dari mana-mana pihak..

"Setakat ini sahaja kenyataan saya pada hari ini. Sekali lagi saya menegaskan keputusan saya mengadakan sidang akhbar ini adalah atas kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh oleh sesiapa atau dipengaruhi mahupun di pujuk oleh sesiapa."
Previous Post Next Post