Bijaknya Najib.. Hulur BR1M RM1,200.. ambil balik RM5,000 melalui GST..


Dengan mengenakan kadar 7 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ianya akan membolehkan kerajaan persekutuan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 setahun seperti yang telah dijanjikannya.

Dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa kira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM 1,000 seorang setiap setahun.

Dengan lain ayat, sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun… jadi tak hairanlah kalau Najib menjanjikan BR1M sebanyak RM1,200 setahun.. sebab Kerajaan dah ambil balik RM5,000 setahun…

Itu jika sebuah keluarga yang isirumahnya 5 orang.. kalau lebih kiralah sendiri..

Ini adalah kenyataan media Seteiausaha-Agung Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengenai GST..

BN boleh memberikan RM1,200 BR1M setahun kerana dapat balik daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan membebankan setiap keluarga RM 5,000 setahun.

Pengumuman baru-baru ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST 7%, membongkarkan satu penipuan besar BN kepada rakyat.

Cukai GST 7% ini akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual.

Dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa kira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM 1,000 seorang setiap setahun.

Dengan kata lain, sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun.

Itulah sebabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu yakin dapat membayar BR1M RM 1,200 setahun kepada setiap keluarga kerana telah dapat balik RM5,000 setahun daripada mereka menerusi cukai GST.

Memang BN akan untung banyak sedangkan rakyat Malaysia, khususnya yang berpendapatan rendah, akan rugi besar.

Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan ini atau “consumption tax” kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mampan.

Macam mana boleh hidup lebih bermaruah bila hanya 60 peratus dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan?

Menurut Laporan Tahunan Bank Negara 2012, Malaysia merupakan negara yang banyak berhutang dengan hutang peribadi setiap keluarga adalah RM 755 billion or 81% GDP (Gross Domestic Product).

Pertumbuhan hutang keluarga adalah 11%, yang lebih tinggi daripada pertumbuhan GDP sebanyak 7.8%.

Kita tidak boleh persalahkan rakyat berhutang bila kerajaan Malaysia berhutang sampai RM502 bilion pada akhir 2012, hampir 55% GDP.

Lagipun keluarga Malaysia membayar 50% daripada pendapatan untuk membayar balik hutang.

Dengan kata lain selepas membayar hutang, mana cukup untuk perbelanjaan makanan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan asas lain?

Itulah sebabnya PR menentang cukai GST 7% kerana ia hanya akan membebankan keluarga miskin dengan menambahkan perbelanjaan setiap keluarga sekurang-kurangnya RM5,000 setahun.

PR akan lawan cadangan cukai GST 7% ini di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan minoriti dengan undi popular 47% sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ini ke atas majoriti rakyat.
Dan berikut pula adalah kenyataan media oleh Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY Steven Sim Chee Keong yang juga merupakan Ahli Parlimen, Bukit Mertajam.. juga mengenai GST.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax - GST) akan meningkat pendapatan negara sehingga RM 27 billion.

Beliau juga berkata bahawa ini adalah demi untuk melaksanakan janji-janji Barisan National semasa pilihan raya umum ke-13.

Saya di sini membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan GST oleh kerajaan pusat terutamanya apabila cukai baru ini adalah untuk membiayai agenda politik Barisan Nasional.

Dalam keadaan 40% isi rumah di Malaysia berpendapatan RM 1,500 ke bawah dan 60% isi rumah berpendapatan RM 3,000 ke bawah, pengenalan GST sudah tentu akan membebankan seluruh rakyat khususnya golongan bawah dan golongan berpendapatan sederhana, iaitu lebih kurang 90% rakyat Malaysia.

GST ini akan mengurangkan kuasa pembelian rakyat dan menyebabkan rakyat golongan bawah terus dipinggirkan daripada pasaran.

Walaupun ada yang menyatakan GST hanya akan dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu, namun pelaksanaannya sudah tentu akan mendatangkan kesan riak (ripple effect) ke atas seluruh pasaran.

Sistem cukai pada masa kini hanya mengenakan cukai kepada mereka yang berpendapat lebih daripada RM 2500 sebulan dan cukai-cukai daripada syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan.

Dengan mengenakan cukai ke atas penggunaan (“consumption”), kerajaan pusat secara prinsipnya bertindak menghukum rakyat, pertama, golongan bawah dihukum kerana terpaksa berbelanja demi kehidupan, kedua, golongan berpendapatan sederhana dihukum kerana terpaksa membayar sekurang-kurangnya DUA (2) jenis cukai, iaitu cukai pendapatan dan GST, dan ketiga, golongan peniaga dihukum kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akan menjejaskan permintaan dalam pasaran.

Jika Barisan Nasional benar-benar ingin memenuhi aspirasi rakyat, saya menasihatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Menteri Idris Jala supaya salin bulat-bulat dasar-dasar yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat. Manifesto Pakatan Rakyat tidak perlu dibiayai oleh GST, tetapi pendapatan negara ditingkatkan melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) seperti di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Pada tahun 2008, Ketua Audit Negara telah melaporkan bahawa Malaysia kerugian RM 28 billion setahun kerana kepincangan dalam pengurusan kerajaan.

Jika berjaya menutup segala kebocoran di peringkat kerajaan pusat, maka “dividen anti-rasuah” tersebut sudah melebihi pendapatan yang dijangka akan dikutip melalui GST.

HIDUP MELAYU!!.. HIDUP MELAYU!!.. kah.. kah..kah.. mudahnya bangsaku diperbodohkan! nak dapat RM1,200 punya pasal terus bermati-matian menyokong UMNO/BN.. tapi akhirnya rugi lebih banyak..

Previous Post Next Post